3 Resepi Daging Masak Hitam (Cara Mudah, Stail Kenduri)

Daging masak hitam selalu disajikan sebagai lauk di kenduri kahwin. Rasa rindu nak makan lauk kenduri? Jom kami kongsikan dengan ada resepi daging masak hitam yang anda boleh cuba di rumah.

1. Resepi Daging Masak Hitam

Bahan-bahan

  • Daging 1 kilo
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia (blend)
  • 2 batang serai (hiris)
  • rempah 4 sekawan
  • lada hitam (tumbuk)
  • jintan manis + jintan putih (tumbuk)
  • kicap cair
  • kicap pekat
  • lada kering (blend)

Cara buat daging masak hitam

  1. Perap daging dengan kicap cair + kicap pekat + lada kering dalam 1 – 2 jam
  2. Tumis bahan blend
  3. Masuk rempah 4 sekawan, serai, jintan manis, jintan putih, lada hitam. Tumis hingga pecah minyak
  4. Masuk perapan daging. Tambah kicap cair dan sedikit air
  5. Masuk garam, gula, asam keping
  6. Masak sehingga daging jadi lembut & kuah jadi pekat

Sumber: Nik Hanani dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri

Bahan utama

  • 1 kg daging potong kiub di cuci bersih

Bahan kisar

  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia

Bahan tumis

  • 1 batang serai
  • rempah 4 sekawan
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Sos tiram
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan manis dan putih
  • Sedikit gula kerek

Cara buat daging masak hitam ala kenduri

1. Tumis serai dan 4 sekawan
2. Masukkan bahan kisar dan cili, daging, kicap
3. Masak dengan api perlahan
4. Masukkan serbuk jintan, tambah lagi kicap dan gula
5. Biarkan daging empuk dan masak

Sumber: Mdm Kelly dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Daging Masak Hitam Versi Sarawak

Bahan perapan

  • Daging 1/2kg
  • 2/3 sb kicap pekat
  • 2/3 sb gula apong
  • erap selama 1 jam

Bahan kisar sampai lumat

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3/4 ulas bawang putih
  • 2/3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • Segenggam cili kering

Bahan tumis

  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 3/4 biji bawang merah dimayang

Bahan tambahan

  • Sedikit Air asam jawa
  • 2/3 sudu besar serbuk rempah kurma
  • Garam secukup rasa
  • Perasa makanan (optional)
  • Air putih
  • Kicap cair

Cara buat daging masak hitam versi Sarawak

  1. Tumiskan bahan tumis sehingga keperangan
  2. Masukkan bahan kisar tadi. Kacau sebati hingga naik bau
  3. Masukkan serbuk rempah kurma dan kacau sehingga pecah minyak
  4. Kacau selalu untuk elak hangit
  5. Sudah pecah minyak, masukkan sedikit air asam jawa dan kacau
  6. Masukkan daging yang sudah diperap kacau lagi sehingga daging betul-betul masak

Tips:

  1. Kalau rasa tak cukup hitam tambahkan kicap
  2. Kalau rasa nak berkuah sikit boleh tambah air putih
  3. Boleh tambahkan sedikit garam dan perasa masakan

Sumber: Siti Syuhada dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk peminat daging di luar sana.

Jemput baca resepi daging goreng kunyit dan rendang daging juga.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment