3 Resepi Daging Harimau Menangis (Ada Sos Pencicah, Kecur Air Liur)

Memandangkan resepi ini sudah viral, di sini kami kongsikan 3 resepi Daging Harimau Menangis. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!

1. Resepi Daging Grill Harimau Menangis dan Sos ala Thai

Bahan-bahan perapan daging

  • 5 keping daging
  • 4 ulas bawang putih(ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk origano
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 4 sudu besar brown sugar

 

Cara buat daging harimau menangis yang sedap

  1. Campur semua bahan di atas ke dalam daging, gaul sampai rata dan perap.
  2. Perap selama 3 jam, kalau nak lagi sedap perap semalaman.
  3. Panaskan 1 sudu butter atas pan (kuali biasa pun boleh) grill sampai daging bertukar warna perang, nak bakar dalam oven pon boleh.
  4. Dah masak ketepikan dulu biar daging harimau menangis sejuk.

 

Bahan-bahan sos ala Thai

  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 15 biji cili api (ditumbuk)
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji tomato (cincang)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 3 sudu brown sugar
  • 1 bawang holland (belah dadu)
  • 1 biji lemon/limau nipis
  • daun ketumbar (dihiris)

 

Cara buat sos ala Thai yang mudah

Satukan semua bahan di atas, ikut selera masing-masing kalau nak extra spicy letak cili padi banyak sikit dengan perahan lemon.

Selamat Mencuba!

Sumber: Puteri Hana Sofia dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Daging Harimau Menangis

Bahan-bahan

  • Lada hitam
  • Daging
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu kicap lemak
  • 5 sudu sos tiram
  • Suku botol madu

 

Cara buat daging harimau menangis

  1. Hiris nipis daging senipis yang boleh.
  2. Tumbuk lada hitam sehingga hancur.
  3. Letak semua bahan dan gaul rata. Perap semalaman.
  4. Masak di atas kuali non-stick. Masak daging sehingga kering.
  5. Siap.

 

Bahan-bahan sos yang ringkas

  • Daun ketumbar
  • Air perahan limau/lemon
  • Cili
  • Gula
  • Sos thai
  • Bawang putih

 

Cara buat sos thai

  1. Hiris daun ketumbar, dan cincang bawang putih.
  2. Masukkan semua bahan, kacau rata. Siap.

 

Sumber: Cik Puan Sarah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Daging Harimau Menangis dengan Sos Nam Jim Jaew

Bahan perapan daging (perap semalaman)

  • Sos lada hitam
  • Sos ikan
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak masak (buat daging lebih juicy)
  • Sos tiram
  • Gula perang
  • Garam
  • Daging (hiris nipis atau kecil)

 

Bahan Sos Nam Jim Jaew

Bahan A (tumbuk kasar)

  • Cili api merah & cili api hijau
  • Gula perang
  • Akar daun ketumbar
  • Beras (disangai dan ditumbuk sedikit halus untuk kuah yang pekat)

 

Bahan B

  • Air asam jawa
  • Sos ikan
  • Jus limau nipis
  • Gula perang
  • Garam
  • Bawang merah (dicincang)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Daun ketumbar (dicincang)

 

Cara membuat daging harimau menangis dan sos Nam Jim Jaew

  1. Campurkan bahan A & B sehingga sebati. Adjust ikut citarasa masing-masing.
  2. Grill atau masak daging dalam kuali dengan api sederhana.
  3. Makan dengan lettuce, gulungkan kepingan daging, timun dan tomato dalam lettuce.
  4. Celup dalam sos dan siap.

Sumber: Fyeruz Suludin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Jom cuba resepi daging harimau menangis ini, pasti memikat selera anda dan keluarga!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment