3 Resepi Daging Goreng Kunyit (Yang Mudah Untuk Anda Cuba)

Selepas Raya Aidiladha, kebiasaannya kita memang akan mempunyai daging korban. Antara menu yang popular menggunakan daging ialah daging goreng kunyit. Di musim lain, menu ini juga memang popular. Kami kongsikan beberapa resepi daging goreng kunyit untuk anda cuba.

1. Resepi Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan daging goreng kunyit

  • Daging (dipotong kecil)
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bawang holland
  • Cili besar
  • Cili padi
  • Sedikit asam jawa
  • Gula dan penambah perasa
  • Serbuk kunyit

Cara buat daging goreng kunyit

  1. Ketuk dan cincang bawang putih. Hiris halia dan potong bawang holland.
  2. Panaskan minyak (lebihkan baru sedap).
  3. Bila minyak sudah panas, masukkan 1 sdk serbuk kunyit ke dalam minyak tadi. Kacau dan masukkan daging.
  4. Tambahkan air untuk lembutkan daging. Rebus sehingga daging empuk.
  5. Bila daging dah empuk, letakkan garam, asam jawa dan gula.
  6. Goreng sehingga minyak daging dah keluar.
  7. Tolak daging ketepi dan masukkan bawang putih dan halia, biar sehingga garing dan gaul dengan daging tadi.
  8. Renjis sedikit kicap untuk menambawah warna.
  9. Masukkan cili dan bawang holland, kacau sehingga masak.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Daging Goreng Kunyit Mudah

Bahan-bahan daging goreng kunyit

  • Daging
  • Garam
  • Kunyit
  • Serbuk lada putih
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Sedikit kicap

Cara buat daging goreng kunyit

  1. Potong kecil daging. Gaul dengan garam, kunyit, serbuk lada putih dan perap selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak (letak minyak lebih), masukkan daging dan biar air daging keluar. Tambah air panas sedikit.
  3. Apabila air daging dah kering dan daging dah lembut, tambah bawang dan cili padi. Goreng sekejap.
  4. Letakkan kicap manis sedikit dan tutup api.

Sumber: Rniza Badrul dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Sayur

Bahan-bahan daging goreng kunyit

  • Daging
  • Bawang merah
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Cili padi*
  • Serbuk kunyit
  • Sos tiram
  • Kacang panjang
  • Minyak
  • Garam
  • Perasa (optional)

Cara buat daging goreng kunyit

  1. Tumbuk bahan yang bertanda * dan hiris bawang merah.
  2. Potong kecil daging dan goreng sehingga empuk dan lembut. Ketepikan.
  3. Kurangkan minyak goreng daging tadi dan tumiskan bawang dan bahan *.
  4. Masukkan sos tiram, garam dan perasa. Letakkan air sedikit.
  5. Masukkan daging dan sayur. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Yan Azie dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian dari kami resepi daging goreng kunyit untuk anda cuba. Jika ada lebihan daging yang belum dimasak lagi, boleh cuba resepi Daging Harimau Menangis juga.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment