3 Resepi Daging Dendeng (Versi Indonesia & Malaysia)

Daging dendeng ada beberapa jenis. Ada yang rasa Minang dan ada juga yang rasa original Indonesia. Apa-apapun, kami tidak mahu bertekak tentang asal usul samada juadah ini berasal dari Malaysia atau Indonesia. Kami akan terus berkongsi beberapa resepi daging dendeng yang anda boleh cuba.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Daging Dendeng Arwah Mak

Ini resipi turun-temurun dari Nawal Lope Zainal Abidin.

Sekiranya pembaca mencuba dan menggunakan resipi ini untuk masak dan menghidangkan kepada keluarga, beliau berharap arwah mak beliau mendapat sedikit pahala.

Bahan-bahan

  • 1 kg daging
  • 5 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 4 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar gula kabung
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Garam
  • Kicap

 

Bahan-bahan tumis

Bahan A

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia

 

Bahan B

  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ketul kulit kayu manis
  • 1 ketul bunga lawang

 

Cara buat Daging Dendeng Arwah Mak

  1. Rebus daging sehingga agak empuk.
  2. Kisar ke semua bahan A.
  3. Hiris bawang besar, goreng jadikan bawang goreng. Hiris daging yang sudah direbus empuk, perap dengan kicap manis selama 2 jam, kemudian goreng dan ketepikan.
  4. Panaskan 1/3 cawan minyak. Kemudian, tumis bahan A dan masukkan bahan B. Lalu kacau sehingga garing.
  5. Masukkan pula cili kisar, kari, kacau hingga garing. Kemudian, masukkan air asam, gula kabung, gula putih dan kicap. Kacau sekejap kemudianmasukkan bawang goreng dan daging goreng.
  6. Setelah masak, boleh tutup api dan daging dendeng sedia dihidang!

Sumber: Nawal Lope Zainal Abidin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Daging Dendeng Ramadan

Bahan-bahan

  • 1/2 kg Daging  (potong nipis)

 

Bahan A

  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

 

Bahan B

  • 2 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • Kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • 1 senduk cili kisar
  • 1/2 cawan kicap kipas udang
  •  Air asam jawa
  •  Air rebusan daging

 

Cara buat Resepi Daging Dendeng Ramadan

  1. Mayangkan ke semua bahan A secara halus.
  2. Daging dipotong nipis kemudian rebus sehingga lembut.
  3. Kemudian tumbuk hirisan daging satu per satu menggunakan anak lesung.
  4. Goreng daging yang dah siap ditumbuk sebentar tadi tetapi jangan terlalu lama agar tidak daging keras. Setelah siap, boleh ketepikan.
  5. Tumis bahan A sampai kekuningan atau garing kemudian angkat.
  6. Guna minyak yang sama untuk tumis bahan B iaitu serai, bunga lawang dan kulit kayu manis. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging masak sampai terbit minyak.
  7. Masukkan pula kicap, air asam jawa daging, gula dan garam kemudian masukkan bahan A yang di goreng tadi dan kacau sehingga siap untuk dihidang.

Sumber: Bonda Aisya dari  Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Daging Dendeng Sendiri

Resepi ini adalah olahan Fatin Najwa sendiri.

Bahan-bahan

  • Daging
  • 2 batang serai
  • Daun salam
  • Halia
  • 1 sudu kecil garam
  • Kicap manis
  • Sos tiram

 

Bahan-bahan sambal

  • 4 ulas bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • Cili besar
  • Cili merah
  • Cili padi hijau
  • Daun limau
  • Air asam jawa
  • Air rebusan daging

 

Cara masak Daging Dendeng

  1. Potong daging secara lebar agar tidak terlalu liat.
  2. Rebus Serai 2 batang, daun salam dan halia bersama 1 sudu kecil garam dalam “pressure cooker” dalam 5 minit sahaja.
  3. Selepas itu, tumbuk mana daging satu per satu untuk nipis dan lebarkan.
  4. Selepas tumbuk, gaulkan daging dengan kicap manis dan sos tiram, kemudian goreng.

 

Cara buat sambal Daging Dendeng

  1. Kisar secara kasar bawang kecil, bawang putih,cili besar, cili merah, cili padi hijau kecuali daun limau.
  2. Tumis sampai naik minyak, masukkan air asam jawa.
  3. Bancuhkan air asam jawa bersama sedikit air rebusan daging.
  4. Tambah 1 sudu kecil gula melaka dan garam untuk seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut.

Sumber: Fatin Najwa Misuan dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian resepi daging dendeng ini akan memberikan anda pengalaman yang baru.

Untuk resipi-resipi daging yang lain, boleh cuba resepi daging masak hitam dan juga daging rendang.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment