3 Resepi Cornflakes Madu (Sangat Senang Dibuat, Sedap Dimakan)

Cornflakes madu ini antara kuih raya kegemaran rakyat Malaysia. Tak kira kanak-kanak atau remaja, orang dewasa turut gemarkannya. Mudah sahaja untuk buat kuih raya ini. Kami kongsikan beberapa resepi cornflakes madu untuk anda.

1. Resepi Cornflakes Madu

Resepi cornflakes madu simple

Bahan-bahan cornflakes madu

  • 1 kotak cornflakes
  • 1 ketul butter
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan madu
  • Manik warna warni
  • Buah campur
  • Papercup

Cara buat cornflakes madu

  1. Cairkan butter, masukkan gula perang dan madu. Kacau hingga sebati sehingga mendidih dan naik buih, tutup api.
  2. Sediakan bekas besar, letakkan cornflakes. Tuang butter yang telah dicairkan tadi dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan buah campur.
  4. Susun cornflakes dalam papercup dan boleh taburkan manik.
  5. Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit. Biarkan betul-betul sejuk dan boleh dihidang.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Cornflakes Madu Simple

Resepi cornflakes madu sukatan cawan

Bahan-bahan cornflakes madu

  • 500g cornflakes
  • 250g buttercup
  • 1/2 cawan madu
  • 2 sb gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • Buah campur
  • Bijan putih
  • Papercup

Cara buat cornflakes madu

  1. Panaskan periuk, masukkan butter dan gula. Kacau sehingga larut dengan api perlahan.
  2. Masukkan madu dan esen vanila. Tutup api.
  3. Masukkan cornflakes dan gaul sebati.
  4. Kemudian, masukkan buah campur, dan boleh susun dalam papercup.
  5. Hiaskan dengan bijan putih.
  6. Bakar pada suhu 150°c selama 10 minit.

Sumber: Noor Azah Othman dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Cornflakes Madu Paling Mudah

Resepi cornflakes madu mudah

Bahan-bahan cornflakes madu

  • 250g cornflakes
  • 125g butter
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 sb madu

Cara buat cornflakes madu

  1. Cairkan semua bahan di atas, tutup api dan biar seketika.
  2. Masukkan cornflakes dan gaul sebati.
  3. Cedok sesudu cornflakes dan masukkan ke dalam papercup.
  4. Bakar pada suhu 170-180°c selama 10 minit
  5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: Hanna Yasmeen dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi cornflakes madu dari kami. Resepi ini memang sangat mudah dibuat, dan hasilnya memang jarang tak jadi.

Lihat resepi lain yang kami kongsikan juga untuk anda.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment