3 Resepi Corndog Cheese (Yang Simple, Mudah & Sedap)

Dalam banyak-banyak gerai di tepi jalan, salah satunya mesti ada yang jual Corndog. Jadi, kalau anda teringin untuk rasa air tangan sendiri, boleh cuba resepi Corndog ini.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Corndog Cheese Tarik

Bahan-Bahan

  • Hotdog Frankfuter
  • Mozzarella Cheese
  • Tepung cucur adabi
  • Serbuk roti
  • Lidi sate
  • Garam

Cara buat Corndog Cheese Tarik

  1. Potongkan hotdog dan mozzarella cheese dalam bentuk kiub untuk senang dicucuk ke lidi sate.
  2. Bancuhkan tepung cucur adabi di dalam cawan gelas yang tinggi dengan air secukupnya untuk kemudahan celupan. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat juga jangan lupa untuk tambahkan secubit garam sebagai perasa.
  3. Cucukan hotdog dan mozzarella cheese mengikut aturan selang seli ke lidi sate, kemudian celupkan dalam bancuhan tepung tadi.
  4. Selepas selesai, celupkan pula dengan serbuk roti untuk sedikit kerangupan.
  5. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan goreng corndog sehingga  masak dan rangup.
  6. Akhir sekali, gunakan sos cili, mayonis dan mustard sebagai topping corndog yang telah siap digoreng dan nikmati snek petang anda!

Sumber: Rohani Othman dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Corndog Doh

Ini adalah hidangan untuk 10 corndog

Bahan-bahan

  • 1 paket sosej yang telah direbus
  • 1 paket kepingan keju
  • 1 paket yis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air yang hampir penuh
  • 1 satu susu pekat

Bahan rahsia

  • 1 sudu besar pelembut roti/ “bread softener”
  • 1 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak masak atau shortening/marjerin
  • 1 sudu mix herbs untuk perasa dan bau wangi

Cara penyediaan

  1. Bancuh yis dengan susu pekat,gula,garam dengan air suam. Pastikan air tidak terlalu banyak untuk elakkan doh menjadi terlalu melekit.
  2. Gaulkan rata semua bahan dan uli. Uli dalam 10-15 minit untuk doh yang gebu.
  3. Selepas siap uli, rehatkan sehingga doh naik 2 kali ganda. Dalam 30 min ke 1 jam.
  4. Setelah doh naik, tekan bagi kuncup unutk membuang angin dan bahagikan kepada 10 bahagian.
  5. Cucuk sosej dengan lidi sate dan balut dengan slice cheese, atau mozarella
  6. Selepas itu, balutkan doh ke sosej dengan menggelekkkan atau menggunakan  tangan.
  7. Selepas siap balut dengan doh,  ketepikan atas talam atau pinggan yang ditabur sedikit tepung untuk elakkkan melekat.  Rehatkan sebentar lagi supaya doh naik sekali lagi.
  8. Selepas itu, celupkan corndog tadi ke dalam air sejuk utk basahkan dan golekkan dalam serbuk roti. Ketepikan dan biar ia naik sekali lagi. Doh akan mengembang sedikit lagi.
  9. Selepas naik bau, boleh mula goreng dan siap dihidang.

Cara menggoreng Corndog Doh

  1. Seeloknya, untuk hasil yang memuaskan, goreng menggunakan konsep “deepfry”.
  2. Pastikan api tidak terlalu panas agar tidak hangus.
  3. Goreng dalam 1-2 minit dan angkat.
  4. Untuk lebih enak, hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Tips: Untuk balutan yang padat, pastikan doh padat dikelimkan kepada sosej itu secara betul.

Sumber: Nur Shafawati dari  Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Corndog CornCheese

Bahan-bahan

  • 3-4 biji kentang (direbus)
  • 1 cawan isi ayam (direbus)
  • 3 inci halia (diketuk)
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sd kecil garam halus
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 2 keping cheese
  • 1/2 – 1 cawan cheese mozarella
  • Tepung goreng Bestari secukupnya
  • Telur (dipukul rata)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Serbuk perasa

Hiasan

  • Nachos Cheese Sauce
  • Serbuk Parmesan Cheese

Cara penyediaan Corndog CornCheese

  1. Rebuskan kentang yang dipotong kiub dan lenyekkan apabila sudah lembut.
  2. Sementara itu, rebuskan isi ayam yang dipotong kiub juga dan toskan.
  3. Masukkan isi ayam yang telah direbus dengan kentang yang telah dilenyekkan dan gaulkan bersama serbuk perasa, garam, lada hitam dan sekeping cheese yang dipotong kecil.
  4. Setelah digaulkan kesemua bahan itu, masukkan pula mozzarella cheese dan gaulkan sebati agar mudah untuk dikepalkan ke atas lidi.
  5. Selepas adunan siap, kepalkan ke atas lidi dengan padat dan salutkan dengan tepung goreng. Pastikan salutan tidak terlalu tebal.
  6. Kemudian, salutkan adunan dengan telur dan serbuk roti dan goreng sehingga garing.
  7. Hiaskan dengan sos keju dan parmesan cheese lalu siap untuk dihidang!

Sumber: Kong Waniey dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Tak perlu bazirkan duit untuk beli Corndog yang agak mahal di luar sana. Cuba dahulu resipi Corndog itu dan rasai kenikmatannya sendiri.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment