3 Resepi Cheesecake (Burnt Cheese Cake, Nutella & Pecan Pie Pumpkin)

Sedapnya dapat makan kek sambil minum kopi atau teh panas di kafe. Tapi, kalau malas nak keluar rumah, boleh cuba resepi cheesecake ini. Boleh dapat dengan kuantiti yang banyak. Jimat pun jimat.

Jika suka Oreo, boleh teruskan dapatkan resepi Oreo Cheesecake.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Burnt Cheesecake

Untuk makluman, resipi untuk 5 bekas mangkuk saiz 10cm.

Bahan-bahan

  • 438 gm cream cheese (suhu bilik)
  • 3 eggs (180gm) (suhu bilik)
  • 100 gm gula kaster
  • 220 ml uht whipping cream (Anchor)
  • 1/2 sudu besar + 1/2 sudu teh tepung jagung

Cara buat Burnt Cheesecake

  1. Panaskan ketuhar 180’c untuk 15min.
  2. Masa nak bakar tukar ke 200’c.
  3. Pukul cream cheese sampai lembut (low speed)
  4. Elakkan terlalu lama agar tidak lembik dan pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi (low speed).
  6. Selepas itu, masukkan gula dan pukul (low speed ) sampai tidak ada gula.
  7. Setelah itu, masukkan uht cream  dan kacau sebentar.
  8. Kemudian, masukkan tepung jagung dan gaul. Jangan terlalu lama.
  9. Tuangkan dalam acuan dan bakar selama 40-50 min bergantung jenis ketuhar.

Sumber: Lis Mohamad dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Pecan Pie Pumpkin Cheesecake

Bahan-bahan

Untuk Crust:

  • 1 3/4 cawan graham crackers / biskut digestive yang dihancurkan menjadi serbuk
  • 1/4 brown sugar
  • 1/3 cawan unsalted butter, cairkan
  • Untuk Pecan Pie Filling:
  • 1/2 cawan gula
  • 2/3 cawan dark corn syrup
  • 1/3 cawan unsalted butter
  • 2 biji telur grade A
  • 1 1/2 cawan kacang pecans yang dicincang
  • 1 sudu esen vanila

Untuk Keju Kek Pie Labu:

  • 250g cream cheese yang dilembutkan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan brown sugar,
  • 2 biji telur grade A
  • 420g puri labu
  • 2/3 cawan susu sejat
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala

Untuk Sweet Sour Cream Topping:

  • 450g sour cream
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu esen vanila

 

Cara buat Pecan Pie Pumpkin Cheesecake

Untuk Crust:

  1. Panaskan ketuhar hingga 180c (350f)
  2. Campurkan graham cracker, gula dan butter cair, kacau sebati. Dalam loyang springform 9 inci tekan secara rata ke bawah. Ketepikan.

Untuk Filling Pecan:

  1. Dalam periuk sederhana besar, kacau bersama (* COLD *) gula, sirap jagung, mentega, telur, dan pecan; letak periuk atas stove kacau sehingga mendidih di atas api yang sederhana tinggi, kacau dengan selalu sehingga pekat. (6 minit)
  2. Dalam mixer putar cream cheese, gula pasir dan gula perang sehingga lembut. Masukkan telur, labu dan susu, putar lagi. Masukkan tepung jagung, serbuk kayu manis dan serbuk pala. Putar sehingga semua bahan adalah sebati. Tuangkan ke dalam loyang berisi crust Dan pecan filling pecan. Bakar selama 55 minit.

Untuk Sour Cream Topping:

  1. Dalam mangkuk kecil kacau bersama sour cream, gula dan vanila. Tuang Dan ratakan ke atas kek keju. Kemudian bakar lagi 15 minit. Sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam chiller semalaman, esoknya baru tuang dan ratakan dulce de leche dan hiaskan dengan candied pecan.

Sumber: Lina Thomas dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Nutella Cheesecake

Bahan-bahan

  • 250gm serbuk Oreo
  • 80gm butter

Bahan A:

  • 1kg cream cheese
  • 3/4 cawan whipping cream
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar esen vanilla
  • 4 biji telur (gred A)

Bahan B:

  • 2/3 cawan nutella
  • 1/3 cawan whipping cream

Topping:

  • 1/3 cawan whipping cream
  • 1 cawan nutella
  • Kekacang untuk hiasan

 

Cara buat Nutella Cheesecake

  1. Kisar serbuk oreo dan mentega dan sediakan base untuk acuan loyang 10inci. Guna acuan “springfoam” adalah lebih baik. Rehatkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 1 jam.
  2. Kemudian, Campurkan semua bahan A dan pukulkan sekali sehingga sebati. Asing kan 1/3 adunan & masukkan bahan B lalu gaul sebati.
  3. Keluarkan base dari peti sejuk.
  4. Bakar dengan kaedah “steambath/ double boiled” dengan suhu 150  atau mengikut ketuhar masing-masing selama 60 minit atau sehingga permukaan kelihatan agak perang.
  5. Bila telah masak, biarkan di dalam ketuhar selama 1 jam supaya suhu bertukar secara perlahan lahan agar cheesecake tidak termendap secara tiba-tiba.
  6. Setelah cheesecake dah nampak stabil, buat topping dengan memanaskan whipping cream sehingga sedikit menggelegak & tuang ke dalam 1 cawan nutella lalu gaul sehingga sebati. Taburkan sedikit kekacang atau hias mengikut citarasa.
  7.  Masukkan kedalam peti sejuk & biarkan cheesecake tadi sejuk sebelum dihidangkan.

Sumber: Amanda Rania Zafreen dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi cheesecake ini akan menepati citarasa anda.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment