4 Resepi Butter Chicken (Mudah, Cepat dan Sedap Hasilnya)

Resepi butter chicken dan udang butter merupakan antara resepi yang sangat mudah dibuat dan jarang tak jadi. Menu ini sesuai dimakan semasa makan tengah hari dan juga malam. Di sini kami kongsikan beberapa resepi butter chicken untuk anda cuba mengikut citarasa anda.

Jom kita tengok.

1. Resepi Butter Chicken Pedas

Bahan-bahan

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji putih telur
  • Garam dan lada sulah
  • Tepung jagung / tepung goreng serbaguna
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3-4 biji cili api (dihiris nipis)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 cawan susu cair

Cara buat butter chicken

  1. Perapkan ayam yang sudah dipotong dengan putih telur, garam dan lada sulah selama 15 minit.
  2. Gaulkan ayam ke dalam tepung dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
  3. Cairkan butter dan masukkan bawang putih. Tumis hingga agak layu.
  4. Masukkan daun kari dan cili padi. Gaul lagi dan tuangkan susu cair.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Yati Mohd dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Butter Chicken Ala Jibril

Bahan-bahan

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji putih telur
  • Garam dan lada sulah
  • Tepung jagung
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 7-9 cili api (hiris nipis)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 tin susu cair/sejat
  • 1 sdb susu pekat manis
  • Pati ayam
  • Gula dan garam

Cara buat butter chicken

  1. Perapkan ayam dengan telur, garam dan lada sulah selama 15 minit.
  2. Selepas 15 minit gaulkan ayam dengan tepung dan goreng sehingga keperangan. Ketepikan.
  3. Cairkan butter dan tumis bawang putih sehingga layu, masukkan daun kari dan cili. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan susu pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan pati ayam. Tak perlu masukkan gula kerana susu pekat dah manis.
  6. Jika nak pekat, masukkan sedikit air tepung jagung.
  7. Masukkan ayam dan gaul sebati.

Sumber: Ainn Mustafar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Butter Chicken Kari

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari ayam
  • Tepung Bestari pedas
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Susu cair
  • Garam
  • Gula
  • Tepung jagung

Cara buat butter chicken

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari ayam dan tepung bestari.
  2. Goreng sehingga keperangan dan ketepikan.
  3. Panaskan butter, tumis bawang putih dan daun kari.
  4. Masukkan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, susu, garam dan gula. Gaul sebati sebentar.
  5. Pekatkan kuah dengan campuran air dan tepung jagung.
  6. Masukkan ayam yang dah siap digoreng.

Sumber: Noor Khadijah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Butter Chicken Yummy

Bahan-bahan

  • 14-16 ketul ayam dipotong kecil
  • 1 cawan susu segar
  • 7 sudu butter
  • 20 helai daun kari
  • 4 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil tepung jagung (untuk kuah)

Cara buat butter chicken

  1. Gaulkan ayam dengan telur dan serbuk lada putih. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Di dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan garam dan kacau sebati.
  3. Masukkan ayam yang sudah diperap dan salutkan dengan tepung.
  4. Goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan butter, masukkan bawang putih dan merah. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan daun kari dan cili api. Gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung jagung.
  7. Tambahkan gula dan biar sehingga kuah mendidih.
  8. Masukkan ayam dan kacau sebati hingga siap.

Sumber: Ariana Sofia Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi butter chicken dari kami ini dapat membantu anda.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment