4 Resepi Biskut Sarang Semut (Guna Sukatan Cawan Pun Boleh)

Antara kegemaran ramai semasa raya ialah biskut sarang semut dan juga Almond London. Biskut yang manis berlemak ini kalau makan satu pasti tak cukup. Senang sahaja rupanya cara nak buat biskut ini. Di sini kami kongsikan beberapa biskut sarang semut yang anda boleh cuba nanti. Nak makan bukan untuk Raya pun apa salahnya.

1. Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan A

  • 250g marjerin
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila

Bahan-bahan B

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bahan hiasan

  • Gula pasir
  • Serbuk perwarna
  • Chocolate rice

Cara buat biskut sarang semut

  1. Campurkan semua bahan A, sebatikan dengan senduk kayu.
  2. Campurkan bahan B, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A sambil diuli menjadi doh.
  3. Bulatkan doh kecil-kecil dan sagat.
  4. Sudukan doh yang sudah disagat dan masukkan ke dalam paper cup.
  5. Campurkan bahan hiasan dan taburkan ke atas doh.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit.
  7. Sejukkan pada suhu bilik dan boleh simpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: Tieha Tajuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan

  • 1 buku buttercup
  • 2 cawan teping kastard*
  • 1 cawan tepung jagung*
  • 1 1/2 tepung gandum*
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit perwarna kuning
  • Paper cup
  • Chocolate rice / coklat manik

Cara buat biskut sarang semut

  1. Ayakkan bahan-bahan bertanda *.
  2. Satukan butter dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan perwarna kuning. Pukul sebati.
  4. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Jika melekat, tambahkan tepung gandum.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama setengah jam atau boleh parut terus dan masukkan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan chocolate rice.
  6. Susun ke dalam baking tray dan bakar menggunakan api atas bawah pada 170°c selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Novelis Affieyza Isahak dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Sarang Semut Susu

Bahan-bahan

  • 250g marjerin / butter*
  • 3/4 cawan gula kastor*
  • 1 biji telur kuning*
  • 1 sudu kecil esen vanila*
  • Sedikit perwarna kuning
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum
  • Chocolate rice

Cara buat biskut sarang semut

  1. Satukan bahan bertanda * dan kacau dengan senduk dalam 10 minit.
  2. Ayak tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan susu ke dalam adunan bertanda *.
  4. Sambil masukkan, gaul adunan hingga sebati. Uli sehingga doh tak melekat di tangan.
  5. Rehatkan doh selama 1 jam.
  6. Sagat/parut doh dan masukkan ke dalam paper cup. 
  7. Hiaskan dengan chocolate rice.
  8. Bakar pada suhu 160°c menggunakan api atas bawah selama 20-25 minit.
  9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Pn Habsah Ngah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Biskut Sarang Semut Simple

Bahan-bahan

  • 300g mentega
  • 100g gula kastor
  • 350g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Chocolate rice
  • Paper cup

Cara buat biskut sarang semut

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Sebatikan.
  3. Satukan tepung dan masukkan ke dalam adunan mentega dan gaul rata hingga menjadi doh.
  4. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
  5. Sagat adunan dan sudukan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan chocolate rice.

Sumber: Ummi Hana dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi biskut sarang semut untuk anda cuba di rumah. Buat bersama anak-anak pasti seronok.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment