3 Resepi Biskut Nestum (Mudah, Sedap dan Berkhasiat!)

Biskut Nestum ini boleh dikatakan antara biskut yang berkhasiat dengan ramuannya. Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati. Kami kongsikan beberapa resepi biskut Nestum untuk anda cuba.

1. Resepi Biskut Nestum Mudah

Bahan-bahan

  • Separuh paket besar Nestum
  • 1 cawan marjerin/butter
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 sk garam*
  • 1/2 sk emplex*
  • 1/4 sk baking powder*
  • Hiasan (kacang badan hancur/ cip coklat)

Cara buat biskut Nestum

  1. Ayak bahan-bahan bertanda *.
  2. Dalam bekas lain, masukkan marjerin dan gula, pukul menggunakan senduk sampai larut.
  3. Masukkan telur dan gaul sampai sebati. Masukkan juga esen vanila.
  4. Apabila bahan dah sebati, masukkan tepung, garam, baking powder, emplex, nestum dan hiasan.
  5. Tekan bagi sebati. Bentukkan dan susun di atas loyang yang disapu marjerin.
  6. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.

Nota: Bentukkan jangan besar-besar, sebab biskut akan kembang.

Sumber: Nor Zahidah Kamal dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Biskut Nestum Rangup

Bahan-bahan

  • 1 cawan butter/marjerin
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan Nestum original (dikisar)
  • 1 cawan tepung jagung (diayak)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • Hiasan (susu tepung + sedikit gula aising)

Cara buat biskut Nestum

  1. Satukan butter, gula dan telur. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan serbuk koko dan pukul lagi.
  3. Masukkan Nestum, gaul sebati. Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga dapat doh yang sesuai (doh lembut dan tak melekat di tangan)
  5. Terapkan dengan acuan mengikut citarasa.
  6. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar. Masukkan biskut dan bakar pada suhu 170 selama 25 minit mengikut oven masing-masing.
  7. Setelah masak, golekkan biskut dalam bekas susu tepung.
  8. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: Siti Norizan dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Nestum Berlemak

Bahan-bahan

  • 250g butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan Nestum

Cara buat biskut Nestum

  1. Mix butter dan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila dan mix lagi hingga sebati.
  2. Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung dan Nestum. Gaul sehingga rata.
  3. Sediakan loyang yang disapu butter. Bulatkan doh kecil-kecil dan gunakan garfu untuk menekan corak.
  4. Bakar pada suhu 160 selama 15 minit.

Sumber: Intan Syafinaz Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata
Sekian perkongsian resepi biskut nestum dari kami. Jika anda mencari senarai resepi yang mudah dan sedap, kami ada sediakan juga!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment