3 Resepi Bihun Goreng (Yang Simple & Sedap)

Kalau tak mahu makan berat-berat, boleh cuba resepi bihun goreng yang kami sediakan di bawah ini.

1. Resepi Bihun Goreng Kicap Seafood

Bahan-bahan

  • 400gram bihun kering
  • Taugeh
  • Lobak merah(dihiris)
  • Bawang besar 1 biji(dihiris)
  • Bawang putih 6 ulas (dikatok)
  • Telur ayam 3 biji
  • Sotong
  • Udang
  • Serbuk perasa
  • Garam(jika perlu
  • Minyak masak secukupnya

 

Bahan-bahan sos

  • Kicap Manis (8 sudu besar)
  • Kicap pekat ABC  (3 sudu besar)
  • Sos tiram (3 sudu besar)
  • Sos tomato (3 sudu besar)
  • Sos cili (3 sudu besar)
  • Sos ikan (2 sudu besar)
  • Cili Kisar (pilihan)

 

Cara-cara penyediaan Bihun Goreng Kicap

  1. Rendamkan bihun sehingga agak lembut. Apabila Sudah lembut,toskan bihun Dan ketepikan dahulu
  2. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng telur sehingga sedikit hancur. Apabila telur sudah sedikit garing, angkat untuk ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
  4. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan sos, serbuk perasa dan gaul sehingga sebati.
  5. Setelah itu,cmasukkan udang dan sotong lalu masak seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan bihun yang telah direndam tadi, dan campurkan dengan lobak merah dan taugeh.
  7. Gaul sehingga rata dan tutupkan api apabila sudah masak.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bihun Goreng Merah

Bahan-bahan

  • Bihun
  • 5-6 ulas bawang putih
  • Udang kering (basuh dan rendam)
  • Telur
  • Cili kisar
  • Sos ikan
  • Sos cili
  • Serbuk knorr
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Taugeh
  • Tauhu (digoreng dan dipotong)
  • Bebola ikan/fishcake
  • Sawi
  • Garam

 

Cara-cara penyediaan Bihun Goreng Merah

  1. Tumiskan bawang putih dan udang kering yang ditumbuk lumat
  2. Masukkan telur dan gaulkan supaya hancur
  3. Kemudian, masukkan cili kisar, sos ikan, sos cili dan serbuk knorr dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan bihun dan sedikit air dan gaul sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sayur lembut. Masukkan garam jika perlu.

Sumber: Razzyatt dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Bihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan

  • Bihun
  • 2 ulas bawang Putih
  • 1/2 ulas bawang Holland
  • 2 batang serai
  • 1 sudu bedar cili kisar
  • 1 1/2 sudu besar Pes Tomyam Adabi
  • Secubit Maggi Cukup Rasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Isi ayam
  • Udang
  • Daging
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Bunga kobis
  • Hirisan karot
  • Cili merah
  • Cili api

 

Cara-cara penyediaan Bihun Goreng Tomyam

  1. Rendamkan bihun di dalam air panas sehingga lembut
  2. Panaskan 4-5 sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah  dihiris.
  3. Tumis sehingga naik bau dan bawang mula kekuningan.
  4. Setelah itu, masukkan isi ayam, udang dan daging yang dah telah direbus.
  5. Apabila udang dan ayam sudah separuh masak, masukkan pes tomyam, cili kisar dan sos tiram.
  6. Masukkan bihun ke dalam kuali dan gaul sebati.
  7. Masukkan pula sayur-sayuran dan gaul rata.
  8. Akhir sekali, masukkan maggi cukup rasa, garam dan gula untuk penambah perasa.
  9. Kecilkan api dan gau rata dan bihum goreng tomyam sedia dihidang!

Sumber: Intan Cahaya Rieqal dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga resipi bihun goreng ini akan memudahkan urusan memasak anda untuk keluarga hari ini.

Untuk hidangan mi pula, boleh cuba mee hailam atau mee bandung.

Selamat menjamu selera!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment