3 Resepi Ayam Percik Kelantan (Simple, Mudah & Rasa Sedap Original)

Kalau dah tak tahu nak masak apa lagi dengan lauk ayam, apakata sesekali buat resepi ayam percik pula pasti digemari seisi keluarga anda. Kali ini kami kongsikan beberapa resepi ayam percik dalam versi Kelantan.

1. Resepi Ayam Percik Kelantan

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • Bahan perap
    -5 ulas bawang merah
    -5 ulas bawang putih
    -2 inci halia
    -perasa
    *kisar kering semua bahan di atas, perap bersama ayam selama 30 minit

Bahan sos percik

  • *5 biji bawang merah
  • *2 inci halia
  • *4 btg serai
  • *2 sb cili kisar/5 tangkai cili kering
  • *500ml santan pekat
  • 1/2 cawan gula kabung
  • 3 keping asam keping (keluarkan dari kuah jika dah masam)
  • perasa (garam gula secukup rasa)

Cara buat ayam percik Kelantan

  1. Kisar bahan bertanda (*).
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk /pan dengan api sederhana.
  3. Masukkan gula kabung dan asam keping, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan perasa secukup rasa.
  5. Masukkan ayam yang di perap tadi di dalam kuah percik tadi, balikkan ayam biarkan ayam hingga suku masak.
  6. Keluarkan ayam dan bakar tanpa minyak didalam pan/kuali, bakar hingga nampak ayam garing sedikit.
  7. Apabila ayam dah nampak garing boleh letak ayam dalam pan, tuang sos atas ayam dan bakar dalam oven atau air fryer 180 selama 15-20 minit.
  8. Sementara itu, kita masak semula sos percik tadi dalam 5 minit.
  9. Siap bakar, boleh tuang lagi sos percik atas ayam tadi, dan boleh cicah ayam dgn lebihan sos percik tadi.

Sumber: Sharla Rose dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Percik Kelantan

Bahan-bahan untuk perap ayam

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • Halia skit
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk kuah

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili kering
  • Santan pekat
  • 1 batang serai
  • Halia
  • Garam
  • Gula
  • Asam keping

Cara buat ayam percik Kelantan

  1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
  2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
  4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
  5.  Angkat.
  6.  Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
  7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  8.  Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
  9.  Siap!

Sumber: Nur Fariha dan Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Percik Kuah Putih Kelantan Style

Bahan-bahan

  • Ayam [email protected] kurang 10 ketul ayam
  • 2 ulas bwg pth (tumbuk)
  • 2 inci halia(tumbuk)
  • Sedikit serbuk ketumbar
  • Sedikit jintan manis
  • Garam
  • Kunyit
  • Gaul semua bahan dan perap dalam sejam

Bahan kuah percik

  • *6 ulas bwg merah
  • *1 ulas bwg putih
  • *1 inci halia
  • 2 batang serai(ketuk)
  • 1 sudu besar cili boh(cili kering kisar)
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan kara
  • 1 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • 1 sudu besar tepg jagung (kacau dgn sedikit air)

Cara buat ayam percik Kelantan kuah putih

  1. Ok sediakan kuah percik dulu.
  2. Kisar bahan bertanda *. Kemudian tumis bersama serai dan cili boh sehingga naik bau. Bawang betul-betul masak.
  3. Masukkan santan dan air serta asam keping. Kacau sebati sehigga mendidih.
  4. Masukkan pula air tepung jagung.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Buang semula asam keping takut terlebih masam.
  7. Rasa masin manis. Biar terlebih manis barulah jadi ayam percik kelate dan ngam rasa dgn ayam bakar yang masin.
  8. Ok berbalik kepada ayam tadi. Ayam yangg diperap kita bakar sampai separuh masak.
  9. Kemudian dah hampir masak. Curahkan kuah percik ke atas ayam.
  10. Balikkan ayam dan curah kuah percik ke atas ayam di sebelah bahagian lagi sehingga ayam masak.
  11. Ok. Angkat ayam dan curahkan lebihan kuah percik. Siap.

Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Nak cuba resepi ayam percik yang lain? Jom baca resepi ayam percik yang kami sediakan untuk anda ini.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment