3 Resepi Ayam Bakar (Mudah, Sedap Macam Kenny Rogers)

Sudah bosan makan ayam goreng atau lauk ayam berkuah? Jom kita cuba bakar pula. Kami kongsikan dengan anda resepi ayam bakar semudah ABC, pasti dipuji!

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Ayam Bakar Air Fryer

Bahan-bahan

  •  1 sk jintan manis
  •  1 sk jintan putih
  •  Halia
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sb gula perang
  • 1 sk garam
  • 2 sb serbuk cili
  • 4 sb sos tiram
  • 2 sb minyak masak
  • Madu di sapu bila ayam hampir masak

Cara buat Ayam Bakar Air Fryer

  1. Adunkan semua bahan menjadi bahan perapan ayam
  2. Masak menggunakan air fryer

Sumber: Sazwani Shuib dari Masak Apa Harini 

 

2. Resepi Ayam Bakar Tak Perlu Perap

Bahan-bahan

  • Ayam seekor
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 biji bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 inci halia
  • 2-3 batang serai
  • 1 sudu Lada hitam
  • 1-2 sudu Cili boh/cili kering (lebihkan jika mahu pedas)
    * kisarkan semua bahan
  • Madu
  • Gula
  • Garam
  • Kuib pati ayam
  • Serbuk perasa

Cara buat Ayam Bakar Tak Perlu Perap

  1. Panaskan kuali dengan minyak + butter/marjerin
  2. Tumis semua bahan diatas, masukkan bahan-bahan perasa dan agak-agak sudah naik bau masukkan ayam
  3. Masak ayam dalam kuali dulu dan balik-balikkan ayam (sekali dua sahaja) Sambil lumurkan bahan perap ke atas ayam sampai ayam separuh masak atau isi ayam sudah kembang
  4. Tutup api dan biarkan sejuk
  5. Boleh bakar dalam air fryer pada suhu 170-180, 30-40 minit

Tips:

  • Cara ini cepat dan mudah kerana ayam tak perlu di perap. Ayam akan jadi lembut dan cepat masak bila dibakar

Sumber: Missz Amira dari Resepi Air Fryer [Malaysia]

 

3. Resepi Ayam Bakar ala Kenny Rogers

Bahan-bahan

  • Ayam seekor
  • Bawang holland sebiji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 1/2 inci
  • Lada hitam
  • Sos lada hitam
  • Sos tiram
  • Kiub ayam
  • Sedikit gula jika perlu

(bahan-bahan diatas diblend sekali)

  • Kentang sebiji, nanti rebus bersama ayam
  • Sayur-sayur untuk dibakar bersama ayam (terpulang) seperti brocoli, lobak merah, kentang
  • Bawang holland
  • Shitake mushroom

Cara buat Ayam Bakar Kenny Rogers

  1. Masak bahan blend tanpa minyak dalam kuali dengan kiub ayam
  2. Masukkan ayam, kentang dan masak terlebih dulu hingga kuah jadi pekat Cara ini dapat pastikan ayam masak waktu dibakar
  3. Blend kentang yang direbus bersama ayam tadi dan tuang semula dalam kuali
  4. Letak ayam dalam tray dan sayur
  5. Letak sikit butter atas ayam dan bakar suhu 200, masa 60 minit di dalam oven. 15 minit pertama api atas bawah dan selebihnya api atas sahaja

Sumber: Nur Aisya dari Masak Apa Harini

 

Akhir kata

Akhir kata best kan resepi mudah ayam bakar ni. Bahan yang diperlukan juga mudah didapati, boleh buat sendiri sahaja di rumah.

Kalau mahu bertukar selera kepada ikan, boleh cuba resepi ikan bakar pula.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment