3 Resepi Asam Pedas (Telur Ikan Mayong & Ikan Kembung)

Peminat telur ikan memang akan craving bila dengar resipi ini. Baru dengar, belum lagi jamah. Jadi, untuk melegakan tekak yang teringin sangat, boleh cuba resepi asam pedas telur ikan yang kami kongsikan ini.

1. Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Bahan-bahan

  • Telur ikan mayong
  • Bawang merah
  • Bwang putih
  • Bendi
  • Bunga kantan
  • Tomato
  • Daun kesum
  • Daun limau purut
  • Belacan yang dibakar
  • Cili kisar
  • Lada hitam
  • Rempah kari ikan masin
  • Garam
  • Gula merah/nipah
  • Asam gelugor

 

Cara buat kuah asam pedas

  1. Kisarkan belacan yang dibakar lalu jadikan is pes, sama juga untuk rempah kari ikan masin.
  2. Selepas itu, tumiskan pes-pes tersebut bersama bawang merah, bawang putih, cili kisar dan bunga kantan sehingga pecah minyak. Kemudian, tambahkan air sedikit demi sedikit.
  3. Selepas konsistensi sudah pekat, masukkan daun kesum, daun limau purut, gula merah/nipah, asam gelugor dan tomato.
  4. Renehkan bahan-bahan tersebut menggunakan api yang perlahan.

 

Cara masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong

  1. Masukkan telur ikan mayong dalam kuali lalu alirkan air sehingga bau hanyir sudah kurang. Seeloknya jangan rendam telut ikan tersebut hanya alirkan air sahaja.
  2. Setelah itu, rebuskan telur ikan itu dalam air panas yang ditambah minyak, garam dan lada hitam sedikit.
  3. Pastikan api tidak terlalu panas dan siramkan telur ikan itu sedikit demi sedikit.
  4. Apabila warna sarung luar telur ikan itu sudah berubah, matikan api dan angkat perlahan-lahan untuk dimasukkan ke dalam kuah asam pedas yang telah disediakan tadi
  5. Masukkan bendi yang telah direbus sekali dan tambahkan garam mengikut citarasa.
  6. Renehkan sehingga warna masak asam sudah ternampak di telur ikan tersebut.
  7. Kemudian, guntingkan separuh telur ikan itu dan siramkan kuah asam pedas sedikit dan tutupkan api.
  8. Akhir sekali, guntingkan habis sarung telur itu dan biarkan is berehat sebentar sebelum dihidangkan.

Sumber: Khabbab Jamalludin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan

  • Ikan kembung
  • Cili kering segenggam(rebus & kisar)
  • Bawang besar merah
  • Bawang putih
  • Bendi
  • Asam gelugor
  • Belacan
  • Daun kesum
  • Garam
  • Gula
  • Perasa (optional)

 

Cara masak Asam Pedas Ikan Kembung

  1. Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih bersama sedikit belacan.
  2. Tumis bahan kisar dengan api yang sederhana sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Bila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan cili kisar dan tumis hingga naik warna merah gelap. Jika terlalu kering, masukkan setengah cawan air biasa dan tumis lagi hingga capai warna merah dan pecah minyak.
  4. Masuk air asam gelugor dan secubit gula mengikut citarasa anda.
  5. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan daun kesum, ikan,bendi,tomato, garam dan perasa.
  6. Akhir sekali, tambahkan sedikit air jika terlalu pekat dan paastikan asam pedas anda cikup rasa untuk makan tengahari yang enak!

Sumber: Huda Ayob dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Asam Pedas Rebus Utara

Jangan ingat orang Johor dan Melaka sahaja ada asam pedas. Orang Utara pun ada asam pedas rebus juga.

Bahan-bahan

  • Ikan temenung
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Skit belacan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Serai yang telah diketuk
  • Asam keping
  • Garam
  • Serbuk perisa

 

Cara buat Asam Pedas Rebus Utara

  1. Kisarkan cili kering, bawang besar dan belacan bersama.
  2. Kemudian tuangkan bahan kisaran dalam periuk yang ditambah air dan masak.
  3. Masukkan daun kesum,bunga kantan,serai dan asam keping dan biar sambal sehingga masak.
  4. Apabila sambal sudah masak, letakkan air untuk jadikan kuah
  5. Seterusnya, masukkan ikan, garam dan serbuk perisa.
  6. Akhir sekali, biarkan mendidih dah boleh tutup api lalu siap untuk dihidang!

Sumber: Masni Bahari dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Tak semestinya kena pergi Melaka atau Johor untuk menikmati asam pedas yang sedap. Boleh buat sendiri di rumah juga tanpa perlu bersesak-sesak di luar sana.

Semoga perkongsian resepi asam pedas telur ikan mayong dan juga ikan kembung ini akan memudahkan urusan anda di dapur hari ini.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment