3 Resepi Almond London (Rangup dan Sedap)

Bila tiba hari raya, bukan juadah hari raya sahaja yang wajib ada terhidang. Kuih raya seperti biskut Nestum dan Almond London juga adalah salah satu menu wajib  yang perlu ada. Sebut sahaja kuih Almond London semua peringkat usia kenal akan kuih ini. Jom kami kongsi beberapa resepi Almond London yang wajib anda cuba.

1. Resepi Almond London

Bahan-bahan

  • 300g Tepung gandum
  • 200g Tepung jagung
  • 150g Gula halus
  • 250g butter (mentega)
  • 50g corn flakes(di kisar)
  • 1 sudu kecil baking powder (serbuk penaik)
  • 1 sudu kecil Esen vanila
  • 1 biji telur
  • Badam hancur untuk hiasan

Cara buat Almond London

  1. Pukul butter (mentega) dengan telur  sehingga sebati.
  2. Masukkan esen vanila, baking powder (ayak dahulu  untuk tidak berketul) dan gula halus pukul sampai kembang.
  3. Masukkan corn flakes, tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli-uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
  4. Bakar pada suhu 190’c  selama 20 minit.
  5.  Satu adunan
    8g untuk 125 biji
    6g untuk 155 biji
  6. 500g coklat masakan (menggunakan KC candy)
  7. Cairkan coklat tidak perlu tambah apa-apa., alau menggunakan jenama lain perlu tambah shortening atau coco butter. Selepas coklat dah cair bolehl celup biskut dan tabur badam.

 

Sumber: Nor Hazwani Ali dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Almond London Cadbury

Bahan-bahan

Bahan A

  • 170g mentega
  • 60g gula halus
  • 1 biji Kuning telur (Gred C)
  • 300g tepung kek
  • 20g serbuk almond

Bahan B

  • 300g dark coklat beryl

Bahan C

  • Coklat cadbury secukupnya
  • potong coklat kepada dua bahagian (memanjang)

 

Cara buat Almond London Cadbury

  1. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim (putih).
  2. Masukkan kuning telur, dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung kek dan juga serbuk badam. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit adunan bulatkan. Kemudian leperkan dan bubuh coklat cadbury ditengah-tengah. Kemudian Tutup dengan kemas, dan letakkan didalam loyang. Loyang tidak perlu sapu dengan butter.
  5. Buat hingga habis adunan dan boleh dibakar pada suhu 170′ c selama 20 minit atau sehingga ia masak.
  6. Kemudian sejukkan biskut terlebih dahulu.
  7. Sementara tunggu biskut sejuk, kita cairkan coklat dengan cara double boil. Pastikan air tidak masuk dalam coklat, nanti coklat rosak, (boleh cairkan coklat didalam oven).
  8. Celupkan biskut kedalam coklat dengan menggunakan sudu kecil, angkat biskut dan bubuh kedalam paper cup. Hiaskan dengan almond atau ikut kreativiti masing-masing.
  9. Tunggu hingga coklat mengeras. Boleh susun kedalam balang.

 

Sumber:  Aznie Khasri dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Almond London Simple

Bahan-bahan

  • Badam dibakar dalam oven dengan suhu 150°c, api atas bawah 30minit(bergantung pada oven anda)
  • Setiap 15minit balik-balikan supaya masak sekata
  • Sejuk dan ketepikan

Bahan-bahan doh

  • 250g buttercup/pure butter/marjerin suhu bilik ( pilih salah satu yang anda nak guna)
  •  2biji kuning telur
  •  100gm gula ising
  • Pukul sebati menggunakan senduk
  • Kemudian tambah 430g tepung gandum dan 1 sudu besar emplex

Bahan salut coklat

  • 500g coklat beryl dark compound atau coklat kesukaan.
  • 1 sudu kecil shortening

Cara buat Almond London Simple

  1. Uli sehingga tidak melekat pada tangan.
  2. Timbang setiap 8g doh, masukkan badam dan bentukan bujur.
  3. Bakar selama 20minit pada suhu 160°c api atas bawah(bergantung pada oven masing-masing).
  4. Dah sejuk baru celupkan coklat.
  5. Double boiled hingga cair, kacau sebati dan boleh celup biskut.
  6. Tabur almond nib yg telah disangai dalam 10 minit.
  7. Tunggu coklat keras seketika atau nak cepat lagi boleh masuk sekejap didalam peti ais selama 5-10minit. Terakhir sekali,  masukan kedalam  balang.
  8.  Adunan dapat dlm lebih kurang 100bji.

Sumber: Che Na dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sebenarnya tak perlu tunggu Hari Raya pun anda boleh cuba resepi Almond London ini, nanti bila dah nak raya tak perlu kelam kabut nak tengtok resepi lagi. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Sekian perkongsian resepi kami pada kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat dan sedikit idea untuk anda.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment