Login EPSA KPM (Kursus Online Untuk Guru di epsa.gov.my)


EPSA ialah kependekan untuk E-Pembelajaran Sektor Awam yang disediakan oleh INTAN. Bagi kakitangan kerajaan, anda digalakkan untuk terus buat pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Jadi, mesti perlu tahu bagaimana cara login EPSA dan daftar untuk menggunakannya.

Langkau artikel ini untuk baca tentang SPLKPM.

Login EPSA

Sebelum boleh menggunakan EPSA, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu. Ikuti panduan seperti di bawah:

#1 Cara daftar EPSA

Sebelum boleh login EPSA, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.

Berikut ialah langkah untuk daftar EPSA.

  1. Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
  2. Lihat di bahagian atas kanan
  3. Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
  4. Pilih Bahasa Melayu
  5. Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
  6. Tekan butang Daftar di bahagian atas kanan
  7. Sila ambil perhatian bahawa mana-mana pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan e-mel rasmi jabatan. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, pengguna perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
  8. Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar EPSA
  9. Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu
  10. Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis
  12. Masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan
  13. Masukk email rasmi
  14. Tekan butang Daftar pada papan kekunci
  15. Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui email yang telah didaftarkan
  16. Link tersebut perlu diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum ia luput
  17. Anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun dengan kadar segeran untuk mengelakkan sebaran kesulitan

 

#2 Cara login EPSA

Setelah selesai proses daftar EPSA, berikut ialah cara untuk login EPSA pula.

  1. Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
  2. Lihat di bahagian atas kanan
  3. Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
  4. Pilih Bahasa Melayu
  5. Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
  6. Klik Log Masuk
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / Tentera / Polis di ruangan yang diberikan
  8. Masukkan Kata Laluan
  9. Tekan butang Log Masuk untuk login EPSA
  10. Kini anda sudah berjaya masuk ke dalam EPSA
  11. Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
  12. Sila ambil maklum bahawa akaun anda akan dikunci selama 6 minit sekiranya gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanya tiga (3) kali berturut-turut

 

#3 Pertama kali Log Masuk EPSA

Apabila anda berjaya Log Masuk EPSA buat pertama kali, sistem akan memaparkan borang soal selidik. Anda perlu lengkap borang soal selidik yang mengandungi tiga (3) skrin.

Anda boleh sahaja tekan butang Langkau untuk tidak menjawab soal selidik ini.

Walau bagaimanapun, borang ini akan dipaparkan semula setiap kali anda login EPSA, sehingga anda selesai menjawab kesemuanya sekali.

 

#4 EPSA untuk guru KPM

Golongan guru juga digalakkan untuk memanfaatkan EPSA atas tujuan melengkapkan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM.

Ini adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.

 

Akhir kalam

Diharapkan dengan perkongsian cara login EPSA ini akan memudahkan lagi proses pendaftaran anda.

Dengan adanya EPSA, besar harapan kami untuk melihat anda mempelajari perkara-perkara baru. Jangan stress selalu kerana perlu masuk SAPS guru, isi SAPS Ibu Bapa, isi eOperasiPAJSK dan juga APDM. Itu memang kerja kita, untuk pelajar dan juga diri sendiri.

Dengan ilmu di dada, pasti kita boleh berjaya. Untuk memudahkan urusan login, boleh baca tentang SSO KPM yang consolidate kesemuanya.

Semoga bermanfaat.

21 thoughts on “Login EPSA KPM (Kursus Online Untuk Guru di epsa.gov.my)”

  1. saya sudah complete course creative thinking. masih menunjukkan incomplete bahagian problem solving tools. saya sudah cuba banyak lagi.masih tak selesai kursus. markah 96.55 %. harap puan bantu saya. ini menyebabkan saya sudah boring buat kursus ini. saya cuba langkah satu demi satu.

  2. Bagaimana nak guna EPSA guna telefon bimbit? banyak kali nak masuk laman web ni guna telefon bimbit tapi masuk web lain pastu cari atas kanan untuk bahasa pun takde.

  3. saya sudah buat beberapa kali pada minggu ini tahun 2021 tetapi masih menunjukkan incomplete.saya cuba juga tajuk yang lain tetap incomplete.mohon bantu saya selesaikan masalah ini . terima kasih.

  4. saya telah mengikuti 2 kursus Epsa.Namun kedua2nya masih tidak selesai walaupun saya cuba berkali2.Mohon penerangan…

  5. Saya selesai buat 2 kursus tetapi tetap x completed. Kenapa ya? Banyak Kali dah Cuba. Mohon bantu dalam masalah ini. Terima kasih.

  6. Saya telah menghabiskan kursus Integriti Penjawat Awam.Completed.Tetapi ianya mengatakan saya baru habis 2 daripada 3 bahagian yang perlu dihabiskan.

  7. saya dah mati akal. dah 2 kursus dibuat benda yg sama.. 2 daripada 3 selesai. walhal dah completed. bantu saya. tq😍

  8. Saya dah selesai buat kursus Amalan Tidur Sihat tetapi masih menunjukkan not completed. Kenapa ye ?

  9. Saya sudah buat beberapa kali pada minggu ini tahun 2021 tetapi masih menunjukkan incomplete.saya cuba juga tajuk yang lain tetap incomplete.mohon bantu saya selesaikan masalah ini . terima kasih.

  10. Saya selesai buat 2 kursus tetapi tetap x completed. Kenapa ya? Banyak Kali dah Cuba. Mohon bantu dalam masalah ini. Terima kasih.

    Reply

  11. Assalamualaikum, tuan.
    Saya gagal mendaftar masuk EPSA. Selepas saya isi nombor kad pengenalan dan email rasmi kpm sy akan keluar makluman nombor my kad saya telah digunakan.
    Bagi makluman tuan, saya sebelum ni pernah buka EPSA menggunakan email lain, namun email rasmi saya bertukar setelah berpindah ke bahagian sekolah. Apabila saya menggunakan email kpm saya yang terkini [email protected] ini saya tidak dapat mendaftar masuk dalam EPSA.

  12. Saya dah complete epsa yang bertajuk pengenalan kepada dasar-dasar kerajaan tetapi masih menunjukkan imcomplete.
    Harap boleh selesaikan masalah tersebut.
    TQ

Leave a Comment