Kemaskini KWSP 2022 (Update Telefon, Tukar No Lama Ke No Baru)


Rata-rata yang cuba buat permohonan KWSP 10k baru-baru ini mengalami masalah untuk kemaskini KWSP mereka. Kami rasa, anda juga salah seorang daripadanya.

Dalam artikel ini, bukan sahaja kami akan tunjukkan cara untuk mengemaskini nombor telefon KWSP, kami juga akan berkongsi perkara-perkara lain yang boleh dikemaskini.

Kemaskini nombor telefon KWSP

Mesti panik sebab tak dapat SMS OTP / TAC masa nak cuba login pengeluarankhas.kwsp.gov.my bukan?.

Faham.

Siapa yang tak panik kan?

Untuk makluman, anda tidak boleh update phone number KWSP melalui i-Akaun. Untuk tukar no lama ke no baru, anda perlu menghadirkan diri ke mana-mana kiosk KWSP. Sila rujuk senarai kiosk KWSP yang berdekatan.

Selalunya, alasan utama ingin menukar nombor lama ke nombor baru adalah disebabkan nombor lama sudah tidak aktif lagi. Ada pengguna prepaid yang tidak topup dan menyebabkan nombor lama expired. Ada juga pengguna postpaid yang tidak bayar bil walalupun sudah diberi reminder; dan ini akan menyebabkan nombor lama ditamatkan perkhidmatan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke kiosk KWSP
  2. Sentuh skrin di kiosk KWSP
  3. Buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  4. Masukkan MyKad di tempat yang disediakan iaitu di bahagian sebelah kiri kiosk
  5. Letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang disediakan untuk mengesahkan identiti anda
  6. Seterusnya, sila ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin untuk kemaskini no telefon KWSP
  7. Bagi yang tidak pernah dan tidak tahu guna, sila baca cara guna kiosk KWSP
  8. Jika anda masih lagi mengalami masalah untuk kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di premis tersebut
  9. Selesai urusan tukar no tel di KWSP

 

Apa yang boleh buat kemaskini KWSP online?

Ada beberapa perkhidmatan lain yang boleh dibuat secara online tanpa perlu ke cawangan.

Kemaskini Kata Laluan KWSP

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar ataupun kemaskini password i-Akaun anda:

  1. Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu
  2. Klik Profil > Tukar Kata Laluan
  3. Masukkan Kata Laluan Semasa
  4. Masukkan Kata Laluan Baru
  5. Masukkan Pengesahan Kata Laluan Baru
  6. Tekan butang Hantar
  7. Selesai

 

Kemaskini Soalan dan Jawapan Rahsia KWSP

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk menukar soalan dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda:

  1. Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu
  2. Klik Profil > Kemas kini Soalan dan Jawapan Rahsia
  3. Sila pilih soalan rahsia daripada senarai yang diberikan
  4. Sediakan satu jawapan berdasarkan setiap soalan yang dipilih.
  5. Pilih Soalan Rahsia 1 berserta jawapan
  6. Pilih Soalan Rahsia 2 berserta jawapan
  7. Pilih Soalan Rahsia 3 berserta jawapan
  8. Tekan butang Hantar
  9. Selesai

Sila pastikan soalan dan jawapan anda tidak didedahkan kepada pihak lain bagi tujuan keselamatan.

 

Kemas kini Imej Online KWSP

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar Imej Semasa Anda dengan imej yang baru melalui i-Akaun anda:

  1. Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu
  2. Klik Profil > Kemas kini Imej Online
  3. Sahkan Imej Semasa Anda
  4. Pilih salah satu imej baru
  5. Masukkan maklumat baru dalam Kemas Kini Frasa Anda
  6. Tekan butang Hantar
  7. Selesai

 

Mengemaskini Maklumat Tambahan

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar soalan dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda:

  1. Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu
  2. Klik Profil > Mengemaskini Maklumat Tambahan
  3. Pilih Bahasa Pertuturan
  4. Pilih Tahap Pendidikan
  5. Pilih Pendapatan Tahunan
  6. Pilih Gaya Hidup/Minat
  7. Maklumkan dari mana anda tahu mengenai i-Akaun
  8. Tekan butang Hantar
  9. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar proses kemaskini KWSP anda dipermudahkan. Sila ambil maklum bahawa maklumat atau profil diri anda perlu sentiasa dikemaskini agar tidak timbul lagi masalah-masalah seperti kesukaran mengeluarakan duit KWSP RM10k ini. Ambil pengajaran atas apa yang berlaku.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

80 thoughts on “Kemaskini KWSP 2022 (Update Telefon, Tukar No Lama Ke No Baru)”

  1. Disebab covid-19 hampir 2,3tahun banyak memerlukan modal untuk membangun dan teruskan hidup dari 10 ribu mula bergerak…

    Reply
  2. saya KHAIRUL AZWAN BIN SULDIN (5031) mahu menukar nombor telefon lama saya ke nombor telefon baru
    no lama
    01119101275
    no baru
    0132924737

    Reply
  3. Saya Nurul Fatimah Suhaila binti Sony Elfiyan mahu menukar nombor yang lama dan yang baru kemaskini
    01136921638

    Reply
  4. Saya​ Airiab a/l lim ah Tiam
    Ingin menukar nombor telefon
    Lama 01140483338,dan kemaskini yang baru
    01115604268​

    Reply
  5. saya mohd najmuddin bin abu bakar saya nak tukar no lama ke no baru saya iaitu 0162670062 no lama saya tak ingat tolong kemaskini no baru saya ye kepada 0162670062

    Reply
  6. saya badrin amirbek ingin memohon pertolongan tuan puan.mengenai epf saya. karena saya perna di potong kn gaji dri majikan untk efp saya. tpi smpai skrg tiada maklumat untk saya ada ka epf saya ataupn tiada. nomor ic lama H0768218.ic baru 631115125155.sekian

    Reply

Leave a Comment