iqnilam.moe.gov.my (Login IQ NILAM KPM, Guna ID DELIMa)


Penggunaan sistem IQ NILAM ini terbahagi kepada dua iaitu untuk guru dan juga murid. Jika anda adalah salah seorang dari guru yang ingin membantu murid-murid cara untuk masukkan data dalam Sistem Indeks Kualiti NILAM (IQNILAM), sila ikuti panduan untuk login iqnilam.moe.gov.my ini.

Untuk pelajar-pelajar dan guru-guru dari negeri Johor, sila gunakan sistem NILAM Johor di pautan berikut: nilamjohor.edu.my

Izinkan kami berkongsi.

1. Login IQ NILAM di iqnilam.moe.gov.my guna ID DELIMa guru

Sama seperti SAPS Guru, anda sebagai guru perlu log masuk sistem IQ Nilam terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah mudah untuk log masuk seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi IQNILAM di sini: https://iqnilam.moe.gov.my 
  2. Pastikan anda tidak tersalah taip iqnilam.moe.edu.my kerana URL tersebut tidak wujud
  3. Anda anda nampak perkataan Log Masuk
  4. Tekan logo Google yang tertulis Sign in with DELIMa
  5. Masukkan email MOE yang disediakan dan diberikan oleh pihak sekolah
    1. Untuk guru, email tersebut akan bermula dengan g dan berakhir dengan @moe-dl.edu.my
    2. Contohnya, [email protected]
  6. Jika anda sudah login menggunakan akaun MOE, pilih akaun yang tertera
  7. Jika tidak, klik Use another account
  8. Masukkan email MOE anda
  9. Tekan Next
  10. Masukkan password
  11. Tekan Next sekali lagi
  12. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda kini berada di dalam sistem IQNILAM

 

2. Login IQ NILAM di iqnilam.moe.gov.my guna ID DELIMa pelajar

Jika anda adalah seorang murid ataupun ibu-bapa yang ingin memasukkan maklumat bacaan, anda perlu login terlebih dahulu. Anda hanya boleh merekod buku Nilam selepas berjaya login iqnilam.moe.gov.my

Ikuti langkah-langkah mudah untuk log masuk seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi IQNILAM di sini: https://iqnilam.moe.gov.my 
  2. Anda anda nampak perkataan Log Masuk
  3. Tekan logo Google yang tertulis Sign in with DELIMa
  4. Masukkan email MOE yang disediakan dan diberikan oleh pihak sekolah
    • Untuk murid, email tersebut akan bermula dengan m dan berakhir dengan @moe-dl.edu.my
    • Contohnya, [email protected]
  5. Jika anda sudah login menggunakan akaun MOE, pilih akaun yang tertera
  6. Jika tidak, klik Use another account
  7. Masukkan email MOE anda
  8. Tekan Next
  9. Masukkan password
  10. Tekan Next sekali lagi
  11. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda kini berada di dalam sistem IQNILAM

 

3. Cara isi rekod bacaan selepas log masuk sistem IQNILAM

Pertama sekali, kami mohon agar semua ibu-bapa membantu anak-anak dalam mengisi borang ini dengan JUJUR. Jika tidak baca apa-apa buku, jangan masukkan kerana ia dikira menipu.

Ibu-bapa juga digalakkan untuk memantau bacaan anak lebih-lebih lagi semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  1. Klik tab Rekod Bacaan NILAM
  2. Masukkan Maklumat Bacaan
    • Nama Judul atau Tajuk Bahan Bacaan
    • Pilihan Bahasa
    • Tahun Terbitan
    • Pengarang
    • Penerbit
  3. Pilih Jenis Bacaan dengan pilihan berikut dan masukkan muka surat
    • Buku Fiksyen
    • Bukan Buku Fiksyen
    • Bukan Buku Pilihan (Pilih)
    • Bahan Digital (Masukkan URL)
  4. Tulis Rumusan
  5. Pilih Aktiviti Pengayaan
    • Rumusan (Wajib)
    • Amali
    • Melukis
    • Mengeja
    • Lakonan
    • Bercerita
    • Mendeklamasi Sajak
    • Komen
    • Catatan
    • Pengucapan Awam
    • Nyanyian
    • Lain-lain
  6. Isi Aktiviti Lain-lain (jika ada)
  7. Tekan butang Simpan
  8. Selesai

 

4. Semak rekod bacaan dalam sistem IQ NILAM

Macam mana nak tahu berapa banyak buku yang telah dibaca dan direkodkan dalam IQNILAM?

  1. Login IQNILAM seperti biasa
  2. Lihat menu sebelah kiri skrin yang memaparkan Profil Murid
  3. Pastikan anda dapat lihat nama penuh dan nama sekolah anda
  4. Lihat paparan berikut yang mempunyai nombor di penghujungnya:
    • Jumlah Buku
    • Jumlah Bahan Bukan Buku
    • Jumlah Bacaan Keseluruhan
  5. Klik salah satu daripada paparan tadi untuk melihat maklumat dengan lebih terperinci
  6. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian berkenaan iqnilam.moe.gov.my ini akan memudahkan lagi urusan anda sebagai seorang pelajar, guru dan juga ibu-bapa.

Jika pelajar tidak boleh login, kemungkinan besar masih lagi belum dapat maklumat ID DELIMa dan IQ Nilam. Jadi, untuk pendaftaran IQ Nilam yang baru, pelajar perlu merujuk kepada guru kelas untuk maklumat lanjut.

Seperkara lagi, jangan tersilap sebut IQ NILAN kerana yang betul ialah IQ NILAM, bukan NILAN.

Jangan lupa, jika anak sudah berusia 12 tahun, cepat-cepat buat permohonan Kad Pengenalan baru untuk kanak-kanak di oskp.jpn.gov.my.

Semoga membantu!

135 thoughts on “iqnilam.moe.gov.my (Login IQ NILAM KPM, Guna ID DELIMa)”

  1. Assalamualaikum…
    Saya nak bertanya…anak saya telah masukan buku-buku bacaan nya…tetapi pada paparan sebelah kiri yang menyatakan jumlah buku yang telah di baca tidak bertambah. Adakah rekod tersebut kena tunggu pihak sekolah sahkan baru jumlah buku bacaan tersebut bertambah?
    Terima kasih.

  2. EVERY DAY, BOB CATCHES FISH. ONE DAY, RETELLING OF AN OLD FOLKTALE HAS EASY-TO-READ TEST AND FUN PUZZLES TO TRA AFTE THE STORY.

  3. Two little bears are walking in the woods. ”I can’t see her.” ”I can’t hear.” ”I see honey!” ”I see a rock to sit on.” ”I hear a wild pig!” Ran away, little bears!

  4. Dan opens his diamond store. He’s watched by Bad Jack Fox. ”I wonder what Dan’s carryng?” ”I will rob him of his box.” Jack grabs the box and runs away. ”Hey , wait, stop thief!” cries Dan.

  5. It is a sanny. The grass is green. The sky is blue. Grasshopper is juping up and down. he singing a song he is happy grasshopper sees Ant. She is woking hard. She is finding core.

  6. Terrible plop

    six little rabbits down by the lake munching on carrots and chocolate cake.
    Next to the lake in a tree up high A round red apple swings in the sky.
    PLOP
    Up jump the rabbit hop hop hop
    Every animal is scared at the plop so the bear stood up and plop
    The bear ran away.

Leave a Comment