iceria.kwsp.gov.my (Pengeluaran Khas KWSP RM10k 2022?)


Selepas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, ada khabar angin yang mengatakan bahawa akan hadir satu lagi pengeluaran KWSP yang dibenarkan. Inisiatif tersebut dinamakan i-Ceria dan dikatakan boleh diakses melalui iceria.kwsp.gov.my

Benar, ramai mahukan buat pengeluaran khas KWSP RM10000 one-off. Tapi betul ke inisiatif baru ini membenarkan pengeluaran KWSP 10k? Kalau benar boleh keluarkan RM10000 sekalipun, kami nasihatkan agar anda check baki duit KWSP anda terlebih dahulu sebelum apply pengeluaran khas KWSP nanti.

Izinkan kami berkongsi beberapa perkara untuk mengelakkan kekeliruan kebanyakan orang yang mencari maklumat berkenaan iCeria. Apa-apa pun, bagi yang belum register, kami sarankan anda daftar i-Akaun KWSP secara online terlebih dahulu untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Ceria ini nanti.

TERKINI: Permohonan pengeluaran KWSP 10k diluluskan kerajaan

Pada 16 Mac 2022, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas Perdana Menteri melalui Facebook Live dan YouTube, beliau telah mengesahkan bahawa pengeluaran RM10k one-off KWSP telah diluluskan.

Kerajaan telah bersetuju dalam membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Penjelasan lanjut berkenaan pengeluaran 10k ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan juga pihak KWSP.

Perdana Menteri dalam pada itu mengatakan bahawa keputusan membenarkan permohonan pengeluaran KWSP 10k ini adalah satu keputusan yang sukar. Ini kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat Malaysia. Pengeluaran khas KWSP 10k ini diluluskan sebagai satu jalan tengah yang bakal mengimbangi keperluan mendesak rakyat pada ketika ini dan juga simpanan masa hadapan.

Perdana Menteri menambah lagi, walaupun kerajaan telah membenarkan permohonan pengeluaran khas KWSP 10 ini, diharapkan agar rakyat tidak mengeluarkan simpanan ini, kecuali dalam keadaan yang betul-betul mendesak. Beliau juga berharap agar pencarum KWSP membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran

Untuk makluman, nama baru inisiatif ini masih belum dimaklumkan.

 

Kenapa perlu keluarkan duit KWSP lagi?

Setiap orang mempunyai alasan tersendiri. Selain untuk meneruskan kelangsungan hidup, ramai yang berharap kerajaan dapat membenarkan lagi pengeluaran KWSP ini untuk:

  • Bayar sewa rumah
  • Bayar loan kenderaan (kereta & motor)
  • Bayar hutang dengan kawan-kawan dan keluarga
  • Bayar hutang bank yang tertunggak
  • Bayar yuran sekolah anak
  • Beli barang persekolahan anak kerana sekolah akan dibuka
  • Beli susu anak
  • Beli Pampers anak
  • Beli ubat untuk orang sakit yang dijaga di rumah

Adakah anda termasuk dalam golongan di atas yang terbeban dengan hutang?

 

Benarkah ada pengeluaran i-Ceria 2022?

Seperti yang anda sudah sedia maklum, memang akan ada permohonan pengeluaran KWSP 10k. Cuma yang masih lagi menjadi tanda tanya ialah adakah ia akan dipanggil i-Ceria atau satu lagi nama baru.

Setakat hari ini, carian kami di laman rasmi KWSP tidak menjumpai apa-apa berkenaan i-Ceria.

Menurut sumber lama daripada Berita Harian pada 1 Mac 2022 yang lalu, pengeluaran KWSP kali terakhir yang dinamakan iCeria ini dicadangkan oleh Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Bukan beliau seorang sahaja, pengeluaran KWSP ini juga disokong oleh kedua-dua wakil kerajaan dan pembangkang, antaranya Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit); Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) dan juga M Karupaiya (PH-Padang Serai).

Perkara ini dicadangkan dan diusulkan atas faktor permintaan. Rakyat terlalu berharap agar wang persaraan mereka dapat dikeluarkan. Bukan untuk bermewah-mewah, tetapi sekadar untuk meneruskan hidup.

 

Jadi, iCeria hanya sekadar idea?

Menurut sumber terdahulu daripada Harian Metro bertarikh 2 Mac 2022 pula, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bahawa buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria. Kenyataan beliau dikeluarkan sehari selepas usul berkenaan i-Ceria dicadangkan oleh Ahli Parlimen.

Beliau berkata tugas paling utama KWSP ialah mengurus dana persaraan demi memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum. Kesan pengeluaran awal KWSP sangat-sangat membimbangkan. Ini kerana pencarum berisiko hidup dalam kemiskinan kerana tidak cukup duit simpanan dalam KWSP.

Tambah beliau lagi, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah pun berakhir. Ini bermakna, yang terakhir ialah i-Citra dan tidak ada lagi selepas itu.

Walau bagaimanapun, berita ini adalah berita lama. Perdana Menteri dalam sidang media khas pada 16 Mac 2022 telah membenarkan pengeluaran KWSP 10k one-off yang masih lagi belum mempunyai apa-apa nama lagi.

Adakah i-Ceria? Wallahuaklam.

 

Kenapa tak boleh akses link iceria.kwsp.gov.my?

Berdasarkan laporan oleh akhbar tempatan di atas, jelas memang tidak ada pengeluaran KWSP i-Ceria selepas i-Citra. Jadi, kami membuat kesimpulan bahawa laman iceria.kwsp.gov.my memang tidak wujud.

Walau bagaimanapun, dengan pengumuman baru oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2022, laman web baru untuk pengeluaran KWSP 10k ini mungkin akan dilancarkan dan direalisasikan dalam masa terdekat. Kami jangkakan, pihak KWSP akan melancarkan satu lagi portal baru pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Mengikut modus operandi KWSP sebelum ini, jika pengeluaran itu dinamakan i-Lestari, pihak KWSP akan melancarkan ilestari.kwsp.gov.my. Jika i-Sinar, satu subdomain baru isinar.kwsp.gov.my akan dilancarkan. Dan yang terakhir, sekiranya nama baru ialah i-Citra, makan subdomain icitra.kwsp.gov.my.

Oleh yang demikian, jika pihak KWSP bersetuju menggunakan nama i-Ceria, sama-sama kita tunggu portal terkini yang bakal dinamakan iceria.kwsp.gov.my.

Cuma ingin ingatkan, jika mahu keluarkan duit KWSP 10k ini nanti, sila bersedia dengan check no KWSP anda, login i-Akaun, buat semakan penyata dan lihat baki KWSP anda samada layak untuk keluarkan sebanyak itu.

 

Permohonan pengeluaran i-Ceria 2022 ini ada atau tak?

Berdasarkan pembacaan dan pemahaman kami sebelum ini, tidak ada pengeluaran i-Ceria bagi tahun 2022. Walau bagaimanapun, selepas sidang media Perdana Menteri pada 16 Mac 2022, kami dapat rasakan bahawa pihak KWSP akan melancarkan satu portal permohonan pengeluaran KWSP terkini dengan nama yang baru.

Untuk kepastian, anda boleh hubungi pihak KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau hadirkan diri ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran.

 

Awas, jangan kena tipu dengan scammer!

Memandangkan ramai yang mencari maklumat berkenaan i-Ceria, pasti ada puak-puak jahat di luar sana yang cuba mengambil kesempatan.

Percayalah, KWSP tidak akan dan tidak pernah melantik pihak ketiga yang diberikan kebenaran menguruskan permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengeluaran.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba membantu anda, itu adalah scam.

Sekadar ingatan:

  • Jangan sesekali terpedaya dengan tipu helah mereka yang menawarkan bantuan
  • Jangan klik mana-mana link atau pautan dalam email
  • Jangan klik mana-mana link atau pautan dalam SMS
  • Jangan download apa-apa aplikasi pengeluaran KWSP yang meragukan
  • Sila download aplikasi i-Akaun yang rasmi daripada KWSP sahaja

Sila tukar nombor telefon KWSP anda jika ada perubahan. Proses kemaskini no telefon ini penting kerana segala urusan KWSP secara online akan menggunakan TAC yang akan diterima melalui SMS.

 

Akhir kata

Kami faham, anda betul-betul memerlukan duit ini. Kami tahu, akan keluar ayat-ayat sinis seperti “DUIT AKU KOT, TAKKAN TAK BOLEH KELUARKAN WOIII. ITU HAK PENCARUM!!!”.

Kami tahu kekecewaan itu. Cuma kami tidak boleh berbuat apa-apa. Kerajaan dan KWSP pasti ada alasan mereka yang tersendiri tidak membenarkan pencarum mengeluarkan lagi wang persaraan mereka.

Apa pun alasan mereka, mari kita sama-sama berlapang dada. Sekiranya sudah dibuka nanti, sila buat permohonon Pengeluaran Khas KWSP dan juga buat semakan KWSP 10k lulus atau tidak.

Semoga Allah permudahkan urusan dan luaskan lagi rezeki kita semua.

248 thoughts on “iceria.kwsp.gov.my (Pengeluaran Khas KWSP RM10k 2022?)”

    • Yaa…! Memang betol2 BETOL”tu tuan… Walaupun kita diberi Moratorium,itu diberi untuk hutang Rumah atau kenderaan… namun masih banyak lagi perkara2 yg Tiba2 dtg menuntut pembayaran masing2..contoh nya…Bil2 api,air… cukai2 pintu…! Cukai2 tanah laa sgala mcm lagi laa..! Yg semestinya tertunggak tu…
      Lagipun,tujuan amik 10k tu pun nak bayau hal2 sebegini laa… Selagi dikejar2..dgn wasap2…sms2…ia pastinya sikit sbanyak akn menggaggu fikiran…!! secara x langsung akan mnjejaskan reputasi dan mood utk bekerja juga..!! So,sesungguhnya..ini saja lah CARA…dan HARAPAN yg boleh diharap untk membantu mnyelesaikan masalah2 trsebut…!Pihak Kerajaan WAJIB memberi peluang kpd pencarum…! LEBIH CEPAT,adalah lebih BAIK dan yg lebih bermakna bagi pencarum KWSP macam Kami warga MALAYSIA ini, Pastinya ia akan dapat mmberikan seikit SENYUMAN utk ISTERI dn ANAK2…. dan Insyaallah… dan hanya Allah swt saja yg dapat mmbalas segala jasa baik Anda wahai KERAJAAN MALAYSIA yg PEIHATIN dan BIJAKSANA… TERIMA KASIH..

      Reply
      • Assalamualaikum Saudara Daripada KWSP saya teramat terdesak sangat dengan nak jenis segala pembayaran Hutang pitung saya untuk Ibu saya serta juga untuk Anak-anak saya yang akan memerlukan duit untuk perbelanjaan keluarga saya lagi pun saya Anak yang Sulong Mesti saya ada tanggungan yang sangat berat untuk menjaga ibu saya yang sekarang ni sudah warga Emas mesti saya semua yang kena ambil berat atas Kesihatan ibu Saya ni… 🙏👏🙏👏🙏👏

        Reply
      • Setuju sgt dgn apa yg En kata..dpt selesaikan tunggakan yg ada leganyaa Ya Allah…bank xfaham pun bila kita cakap kita ada masalah..bayaran tetap kena buat..Selama yg kita bayar cntik xnak pulak dia pandang tapi sebulan Dua bayar lambat terus nk ccris CTOs bgaii..xkan nk buat loan lain?baik guna duit sndiri bayar..selesai..hidup pun tenang

        Reply
      • Yupz .. Kita jga fham itu duit utk masa tua .. Tapi kerajaan juga pihak kwsp juga prlu brfkir rakyat perlukan duit 10k itu byar hutang2 yang trtunggk .. Disebabkan hutang trtnggak lah kbnyakkan yg brakal cetak ambik kptusan bunuh diri n selain nya .. Harap pihak kwsp luluskan pngeluran tu kan ..

        Reply
    • sgt2 memerlukan utk mmbyr hitang2 terronggak,bantulah rakyaat utk melunas kn huntang dgn duit sndiri…#kerajaaanprihatintak

      Reply
  1. Iceria untuk meneruskan kelangsungan hidup setelah pandemik…..
    Boleh dijadikan modal utk meneruskan perniagaan yg telah terjejas sewaktu pandemik

    Reply
  2. Aku msih byk hutg utilities yg x kan hbiz sampai lh kita duduk situ, bila dh jual rmh tu, bru tiada pikir psl bill utilities, duduk pondok tnh sndiri pun tiada, mcm nilh duduk bndr2 di lmbh klang, kaki dh pnt berdiri di jlanan jual mkanan yg x seberapa utk truskn hidup dn byran wajib..😔, aku hrp i ceria ni di lulus kn tnpa syrt, jnji ada wang dlm tu lebih dri 10k.

    Reply
  3. Tolong la luluskan permohonan pengeluaran KWSP ni.. untuk menampung sara hidup kmi Anak beranak,lain lagi di bebani hutang y bnyk,loan banyak lagi x bayar.

    Reply
  4. Encik saya ingin mohon pengeluaran wang KWSP dan juga di sini saya amat memerlukan kerana saya tidak ada lagi wang untuk saya ni berubat dan juga untuk pembiayaan kewangan sekolah menengah dan rendah anak anak saya dan saya juga adalah seorang bapa yang amat sangat susah untuk kami sekeluarga dan juga kami sekeluarga tinggal di dalam rumah yang begitu buruk dan reput semua papan dan bungbung nya yang banyak bocor saya ingin mohon kepada encik agar dapat dipermudahkan segala bantuan yang saya ini memerlukan saya berharap sangat

    Reply
  5. Ank@2 nak bukak sek dh, harap di i-ceria,bukak sebelum sek buka,byk nk bayar yuran sek, barang@2 ank sek… Dah tak mampu nk beli, ank ramai

    Reply
    • Sy pun sama..buku tulis sahaja sudah rm114.60.Itu belum lagi bayaran tambahan lain yang sekolah akan minta.van sekolah, kelas agama.Komitmen pun banyak.

      Reply
  6. Buat la permohonan pengeluaran iceria cepat…sebab kami perlu bayar bil2 yang tertunggak… Berharap sangat duit kwsp ni keluar one off 10k…tQ

    Reply
  7. Susah keluarga kita takde siapa tahu.. semua rakyat struggle during pandemic.Anyway duit kwsp tu hak pencarum tertakluk pada baki yang ada itu sudah pasti, cukup atau tidak untuk melangsungkan hidup hari2 insyaallah dipermudahkan oleh ALLAH yg maha ESA.Rakyat sgt2 memerlukan pada saat ini..

    Reply
  8. Semoga diluluskan dengan segera. Saving pun dah nyawa nyawa ikan.. Mana moteraium dah abis.. Dengan gaji hanya basic je skrang takde overtime mana la cekaw duit lg. Tolong la cepatkan proses ni.. Rakyat mengharapkan dan amat memerlukan duit 10k tu.

    Reply
  9. salam sya nak tnya sya ada mohon oku dri kwsp tpy x di luluskan nikah 10k mcm mna sbb tajuk cita lain ckp lain dlm youtiup

    Reply
  10. Luluskan je la… Duit sendiri je pun.. bkn mintak duit kerajaan pun.. ape yg susah sgt.. ekonomi Malaysia br nak pulih.. cam mane nak tolong rancakan ekonomi klu rakyat Tak cukup pakai..at least duit kwsp tu boleh la tolong rancakan balik ekonomi Malaysia skit..

    Reply
  11. Tolonglah.. nk keluarkan wang sendiri pun tak ble… Ne dah luka2 dah ne.. mana2 pihak yg tak setuju tu, ttg pengeluaran i-ceria tu, risau sangat tentang rakyat ne klu pencen nanti takde duit.. kmu bagi wang kamu sendiri dgn kami ne ble Ker sgt memerlukan ne ble??

    Reply
  12. Jika 2i dah keluar…tambah lagi 1i…ACC emas tak pyhlah tunggu 60 lagi..Di awalkan Dan closed ACC emas…

    Reply
  13. Bila la nak diluluskan.hutg Makin byk NK tgu duit kwsp ni Makin buntu.sebulan ke sbln mnunggu jawapan je myakitkn HT.hrpkn duit ni je yg blh settlekn semua mslh aku ni.

    Reply
  14. Admin plz jgn bg harapan pd rakyat yg Btl2 memerlukan wang. Akhirnya tiada jawapan yg pasti. Ramai yg akn kecewa.Hanya info yg btl sahih je. X perlu bg info just nk bg org tertarik tgk.

    Reply
  15. Semoga dipermudahkan urusan…simpanan sendiri……..I-Sinar, I-Lestari, I-Citra sume dah lunaskan apa yg tertunggak n modal masa takde keje..tak tahan bank asyik call…harap I Ceria boleh wat simpanan kecemasan kilang baru keje skg ni pon mcm dah nyawa2 ikan..

    Reply
  16. Belom boleh apply lagi…website rasmi i-ceria /i-citra 2022 belom on …sama2 kita tunggu update 10k kwsp one off…sila baca info atas tu…dh jelas belom boleh apply….tq 😊

    Reply
  17. Puan boleh pergi ke pejabat kwsp yang terdekat. Nanti pegawai sana akan maklumkan dengan lebih terperinci dan boleh bantu puan buka i akaun.

    Reply
  18. 28/0/12/2021 mak kena serang stroke kini berada di rumah saya sejak keluar dari hospital hingga kini mak minum susu guna tiub di hidung.kos susu dan Pampers setiap bulan hampir 800.00 sebulan.saya berharap sangat dapat membantu dengan pengeluaran i-ceria.

    Reply
  19. Slm..saya berdoa semoga KWSP luluskan la pengeluaran ini sbb saya baru je dpt cll dr pihak bank utk menarik kereta suami saya yg sudah 3 bln tertunggak..suami saya dh sethn x berkerja kerana dibuang keje ketika covid melanda..saya mohon luluskan la..Ya Allah kau bukakn la pintu hati semua kakitangan KWSP..aminnnnnn

    Reply
  20. Harap di percepatkan la pengeluaran tu.saya ni duit simpanan dalam bank pun tinggal RM9.72sen.nak bayar tunggakan bill api&air RM800.tunggakan rumah RM400.tuan rumah pun dah bagi notis mengosongkan rumah pada 13.3.2022.kalau dah kena halau.rasanya tidak ada tempat untuk berteduh.bunuh diri je la kalau macam ni.

    Reply
  21. Assalamualaikum..
    Aduh.. tolonglah ambil peduli dengan rakyat..hutang makin mengunung ni…sy hanya ada KWSP untuk melunaskan hutang..

    Reply
  22. MashaAllah..syukur pada yang maha Esa..seruan rezeki ALLAH telah sampai ke hati sanubari mereka yang berkenaan sesungguhnya memang itu duit kami..mereka pusing coner mcm mana pun tetap kita dapat jugak..alhamdulillah

    Reply
  23. Please pengeluaran kwsp 10k one off . hutang tertangguhhh berbulan bulan makin banyak jumlah nyaa . anak nak daftar sekolah pun pk banyak kali . duit tak ada dah nie .

    Reply
  24. Kerajaan memang laa senang je cakap..bole buat loan untuk cover problem2 hbs klu org yg kne blacklist or ada akpk mana ad loan yg nk terima…so org2 mcm nie laa yg buntu

    Reply
  25. I think this article only want you all to open for I-Account not because if I-Ceria going to be approved. Based on 9% & 11% contribution of average RM2.5k monthly salary –
    2500 X 9% (monthly) = 2700 X 4years = 10,800
    2500 X 11% (monthly) = 3300 X 3years = 9900
    Those that currently still working just need 3 to 4 years of contribution to cover. The 10k at least able to help cover some expenses due to pay cut and other reasons.
    For those that are unemployed at the moment the 10k at least to help to survive until they find a job or to start their own business.
    Important is most contributors need the 10k is to at least help them go through current situation due to the pandemic and floods.
    The fact is if contributors unable to survive through current situations, how to discuss on retirement?

    Reply
  26. Itu lah….hari tu 3bulan xkje…cmpny tmpt kje dh muflis….byk mnda xlepas bayar…sakit kpla…

    Reply
  27. Saya Dan suami dh 2thn x keje, hrp2 ketua kwsp luluskn pengeluaran i-ceria untuk kmi tampung Sara hidup kmi sekeluarga 😌

    Reply
  28. Bru dpt kerja…gaji 1500…dulu gaji 4500…how to survived.cannot rolling the money…only can rolling on the stone

    Reply
  29. Saya peniaga yg terkesan akibat covit-19..tolong la luluskan pengeluaran buat kali terakhir,untuk saya buat modal niaga….tolong lah

    Reply
  30. bagus kalau i ceria di umum kan untuk membantu pada yang kurang berkemampuan, yang ada hutang tertunggak pada pendemik ini… 👍👍

    Reply
  31. Saya sekarang bekerja di sebuah restoran di melaka..gaji seminggu sekali..baru2 ini restoran terpaksa di tutup hampir seminggu lebih akibat staff yg positif..jadi pendapatan tidak menentu..

    Reply
  32. Assalam.
    Saya Pun Nak Bantu Keluarga Yg Tak Ada Kerja,Sebab Covid- 19.
    Dan Nak Bayar Hutang Tertunggak…10 k Tu Kalau Dapat Alhamdulillah…

    Reply
  33. Semoga i-ceria dipermudahkan urusan,kami mohon kelulusan 10k oneoff utk melangsaikan segala hutang-hutang yang tertunggak…terima kasih

    Reply
  34. Duit rakyat bukan duit kerajaan.pada yang berkenaan,pencarum makin tersepit.tiada hak anda untuk tahan duit pencarum,ramai memerlukannya masa sekarang.

    Reply
  35. simpanan hari tua?, masih buta ka perang dah nak start. btl ke sempat nak pakai duit tu lg , dunia ni dah di tgh2 akhir zaman . bangun la weiii

    Reply
  36. Tdk semua rakyat tergolong didalam B40. Saya tdk menerima apa2 Bantuan dari kerajaan. Semua usaha sendiri. Anak 2 org msh di university. Seorg sekolah rendah. Saya kerja sendiri kerana ingin menolong menambah pendapatan suami. Tolonglah fahami keadaan kami

    Reply
  37. Smoga dipermudahkan segala urusan Pengeluaran KWSP i-Ceria utk menampung beban2 keluarga yg terkesan oleh pandemik C19 dan beban hutang yg tertunggak

    Reply
  38. Asskum kepada yg berkenaan.. saya merayu agar pehak kwsp dpt meluluskan hak kami,, saya dah lama tak berkeja tetap.. saya juga tinggal di rumah sewa,, masuk bln ni dah 5bln tak byr sewa. tunggu tuan rumah shj usir kami tau. kenderaan saya ni. bila2 masa ja bank tarik. jadi saya merayu,, bagi lah hak kami.. dan buat masa ni kami sekeluarga tgh menikmati kesusahan hidup kami.. hanya ALLAH SWT. ja yg paham dan tau betapa susanya kami sekeluarga. duit simpan kosong rm0000000000

    Reply
  39. Belum umummmmm kn lg .. bg lah untuk keluarga malaysia.ank nak sekolh ..nak daftar kemas dah penuh .aduiiii yg lain lagi .sekolh ..terpaksa buat undang2 sendiri bg lepass 1buln 2orng ..lg buln lain anak lain yg sekolh .

    Reply
  40. Moga d permudahkan pengeluaran untuk i ceria sbb kmi smua rakyat amat trdesak utk memperbaiki khidupan selepas pandemik lalu kami betul2 amat trkesan …

    Reply
  41. bagi lah pengeluaran.. bila rakyat nak bangkit. sebab hutang2 bank semua dah back to normal.. jadi nya rakyat tidak cukup duit. bukan dapat gaji kerja baru sama macam gaji dulu. tolong la faham..

    Reply
  42. Untuk menampung keperluan/kos sara hidup yang terlampau tinggi..gaji bulanan tidak cukup untuk perbelanjaan dan menyelesaikan tunggakan loan…

    Reply
  43. Kerajaan tolonglah rumah saya dah tertunggak banyak dah ni. Nak mohon moratorium tak layak sbb dah tertunggak

    Reply
  44. Moga kerajaan mempertimbangkan bagi pendapatan isi rumah yang sedikit.Tambahan harga barang semua meningkat.Harap sangat dapat dikeluarkan nanti.

    Reply
  45. Ya Allah permudahkanlah semoga dipercepatkan i ceria diluluskan ingin menampung perbelanjaan isi rumah

    Reply
  46. Harap diluluskan i ceria sebab golongan marhain macam kami yang kehilangan kerja amat memerlukannya dimohon supaya pengurus kwsp jangan la menutup periuk nasi orang sebab pengeluaran tu pun hasil titik peluh sendiri terima kasih

    Reply
  47. Yg berhutang kita tangung pun
    Sendiri lah biar lah duit tu untuk kaya kan malaysia sembang je lebih

    Reply
  48. Sya skrg sangat susah.memandang kn anak masih sekolah ada yg nk masuk .skolah tinggi..gaji sya hanya 1200 sebulan.tidak mencukupi..bayar rumah. Bayar kenderaan.bayar yuran sekolah dan sebagai nya..di harap kerajaan nendengar rintihan.keluhan kami..terima kasih.mudah mudahan kerajaan lulus kn pengeluaran epf sebanyak 10k on off..sekian terima kasih.

    Reply
  49. Saya harap dapat keluarkan 10k sekali lagi saya sangat2 perlukan buat masa skrng ni rumah di landa banjir baru ni dan saya dah tak bekerja dan istri saya ada sakit ktonik

    Reply
  50. Sangat memerlukan 10k kwsp utk meneruskan kehidupan bynk hutang yg tertunggak, bayar yuran sekolah lagi, bayar loan, dah la semua bantuan kerajaan yg ada selama ni semua tak dapat, Faham2 je lh kje swasta ni gaji bukan nye besar sangat

    Reply
  51. ASSALAMMUALAIKUM.. MOHON KERAJAAN PERHATIN TERHADAP RAKYAT MACAM KAMI YANG GAJI KECIL BAWAH RM1500.00 DAN KWSP ADALAH PELUANG TERAKHIR KAMI MENGHARAPKAN DAPAT KELUAR UNTUK MEMBAYAR HUTANG KELUARGA, KAWAN, BANK DAN LAIN2.. MENGHARAPKAN BANTUAN KERAJAAN MEMANG TIDAK CUKUP.. TOLONG KAMI, BANTU KAMI DAN PANDANG RAKYAT MACAM KAMI PERLUKAN WANG!!!

    Reply
  52. My father’s homeless and i live in my grandfather’s house. I need money for my studies and school since i want to graduate and get a good job so i can afford to buy my father a house where he can reside relaxedly. Money is an urgent matter but not just for me but also others. In the middle of pandemic people said we’re on the same boat. But no. Some are on a ferry, some are on yacht, some are on a sturdy ship, some are on a rusty boat, and some are barely holding on a piece of wood. A lot of necessity are needed such as food, daily needs and masks. But some people can’t afford those since many have lost their job due to the pandemic. Their stable life is no more. The government as the one who’s responsible for helping the people in needs, are turning blind eye to this. Please hear our voices, don’t cover your ears, since just because of your incompetence someone might drown without getting any help although they screamed their lungs out. Sincerely, a student and a malaysian, NORASLIN

    Reply
  53. Sy mmerlukan wang simpanan sy 10k dpt diluluskan segera untuk sy membuat lesen kereta dan jgk lori.. membayar roadtax insuran motor.. bayar hutang kwn2..adik bradik dan tmpt pinjaman berlesen. Sy nak mendirikan masjid (khawin) seberapa segera dan untuk perubatan. Sy mngharapkan agar pihak kementerian dan puhak kwsp dpt memahami Masalah yg kami hadapi skrg. Dgn keperihatinan serta hati yg terbuka meluluskan segera 10k demi unutk kami meneruskan kehidupan yg lebih baik dan sentiasa beryukur… Sekian terima kaseh.

    Reply
  54. Suami baru kena vss,(pemberhentian kerja) dahla berumur mana nak dapat kerja tua2 ni,mampus saya nak tanggung sorang,anak enam

    Reply
  55. Marilah kita berlapang dada kepala bana,,,,camne nak berlapang dada kalau sempit balik disebabkan menanggung banyak hutang yg tertunggak,,,kerajaan tolonglah rakyat yg terkesan ne bagi rakyat 10k one off tuk kali yg terakhir,,,kalau ikutkan bukan kerajaan tolong pun rakyat tapi rakyat nak guna duit sendiri utk nak hidup…

    Reply
  56. Kerajaan tak fikir terhadap sesetengah rakyat tak dapat meneruskan kehidupan tanpa i-ceria. Tak ada i-ceria, tak tahu masih boleh hidup sampai umur 60 untuk menggunakan duit baki dlm KWSP.

    Reply
  57. pencarum adalah tuan n kwsp adalah penjaga mana blh penjaga menidakkan tuan dr mengeluarkannya…nasib rakyat malaysia ada menteri sume jaga poket sendiri ada kwsp duit sendiri penasihat 25% xbagi

    Reply
  58. Saya perlu repair kereta yg terkesan akibat banjir di kl baru2 ni, harap sangat dapat bantu kami, kos utk betul kan kereta yg masuk air bukan nya rendah, jadi kami mohon sangat2 agar kerajaan teliti semula cadangan ini bg golongan yg btl2 memerlukan

    Reply
  59. Yg di berhentikan kerja mcm mna pulak dgn kilang tutup nk kena pakai duit jgk susah sgt ni dgn covid semakin byk ni mntk la supaya kerajaan pertimbangkan balik,ala kalau keluar 10k pun bukan nk ambik semua ada lagi dlm akaun.

    Reply
  60. Saya orang Sabah betul 2 ingin kan pengeluaran one off 10k kwsp. Saya tak depat membayar segala hutang piutang bil elektrik bil air anak2 sekolah serta belanja rumah… Sebab saya ini betul2 meskin tegar jadi klu boleh tolong lah untuk pengeluaran kwsp kali yg terakhir…

    Reply
  61. Byk yg kena byr mna bil elektrik,bil air,byr van bdk sekolah lagi,bdk nk naik ke TKT 4 berasrama penuh pun mahu perlukan duit juga dan kalubd ikutkan byk lagi lah nk d gunakan duit tu UTK meneruskan kehidupan ni….keja sebagai pemandu lori ni pun tak tertanggung sdh dulu gaji besar byk lori skg semenjak covid melanda gaji pun turun mendadak nk MKN apa

    Reply
  62. After dividends will release the money that ours kwsp members requested there are cheated to all kwsp members, in now we only can see the amount we had in the account, actually kwsp are empty money to show us the government always sucks rakyat money and I truly hated to be a Malaysian.

    Reply
  63. Keluar atau tidak I-ceria itu memang hak pencarum dan harus di titikberatkan oleh pihak berkuasa . Kerana , selama covid-19 melanda banyak masalah telah timbul di dalam komuniti masyakarat kita terutama sekali kewangan seperti bill tertunggak , hutang tertunggak dan bermacam-macam lagi masalah-masalah lain yang belum selesai . Tambahan pula , pencarum masih tetap mencarum selama melangsungkan pekerjaan dimana-mana agensi pekerjaan swasta mahupun kerajaan . Hal ini tidak akan menjejaskan mana-mana pihak jika sekiranya kwsp itu dikeluarkan kerana rantaian caruman itu akan tetap berlangsung sepanjang individu itu bekerja dan bergaji tiap bulan . Sekian terima kasih .

    Reply
  64. Dia orng mn nampak rakyat hidup sesak mcm mn skrng dia lg pandai cari alasan daripada rakyat cuma ada satu jln je klau nk diluluskan 10k tu tkr menteri kewangan mukin blh ada harapan klau tk cari along la masa skrng pun dh byk Kes along

    Reply
  65. Bukak je lh peluang utk rakyat keluarkan duit sendiri… Ramai yg memerlukan… Klu x, utk apa kita bt simpanan? Jgn sekat keperluan org lain dgn berdasarkan keadaan sendiri. Tlg tengok keadaan kami yg kat bwh nih… Dgn segala mcm benda naik harga, rasa2 dgn gaji stakat 1200-2000 tu, bley hdup sbln ke? Tu x kira dgn yg dh brkeluarga… Pkir2 lh sndri klu diri kat bwh mcm kami….

    Reply

Leave a Comment