ePesara PDRM (Login, Daftar & Buat Semakan di epesara.rmp.gov.my)


Asyik-asyik, bantuan untuk B40 sahaja yang kita dengar. Takkan tak ada bantuan otai-otai yang suatu masa dulu bertarung nyawa untuk negara kita Malaysia? Bertenang. Memang ada bantuan untuk bekas-bekas polis yang dipanggil bantuan ePesara PDRM.

Bagi pesara dan bekas polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat, mreka ini akan menerima bayaran secara ‘one off’ RM500 pada bulan Jun 2022.

Bayaran ini akan diberikan kepada para waris, pasangan, bekas dan juga polis yang pernah bertugas pada era darurat yang berkelayakan.

Ini adalah satu inisiatif kerajaan melalui pembentangan bajet Belanjawan 2021 untuk para pesara, bekas polis PDRM dan petugas terutamanya era darurat dan juga masa kini. Untuk mengetahui syarat permohonan dan kelayakan, anda boleh daftar dan buat semakan melalui laman web rasmi untuk pesara PDRM iaitu ePesara PDRM di epesara.rmp.gov.my.

Apa itu ePesara?

Pada tahun 2020, Polis di Raja Malaysia atau singkatnya PDRM telah mencipta satu portal persaraan untuk membantu para pesara polis PDRM mengetahui segala maklumat dan pemberitahuan melalui ePesara.

ePesara PDRM yang merupakan laman web secara online itu juga telah menjadi sumber utama pesara polis untuk menguruskan urusan wang persaraan mereka dan juga tentang hal-hal yang berkaitan dengan PDRM.

 

Apa yang terkandung di dalam ePesara?

  1. Pingat Jasa Pahlawan Negara – Tentang maklumat penganugerahan untuk para pesara dan bekas polis yang layak mendapat PJPN dan juga pengurusan.
  2. Kad Pesara PDRM – Kad pesara diberikan untuk tujuan-tujuan rasmi agar pesara yang layak dapat menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan yang diberikan
  3. Kebajikan – Terdapat pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan Khairat Kematian, Bantuan Pergerakan, Bantuan Perubatan, Bantuan Pendidikan dan Bantuan Bencana Alam.
  4. Persatuan Pesara – Daftar dengan beberapa persatuan pesara polis yang disenaraikan untuk menikmati kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh sesebuah persatuan tersebut
  5. Talian e-Kasih – Bantuan pendaftaran untuk pemberian one off RM500

 

Bagaimana cara untuk mendaftar ePesara

  1. Layari laman web ePesara PDRM di sini: http://epesara.rmp.gov.my/
  2. Tekan pada butang LOG MASUK ePESARA PDRM
  3. Di halaman yang baru, tekan Klik sini untuk daftar.
  4. Lengkapkan butiran yang diminta dengan maklumat yang betul:
  5. ID Pengguna – Nombor kad pengenalan baru tanpa dash
  6. Kata Laluan
  7. Pengesahan Kata Laluan
  8. E-mel
  9. Pengesahan Emel
  10. Soalan Keselamatan Kata Laluan – Tempat Lahir dan Tempat Akhir Bertugas/ Bekerja/ Tempat Tinggal/ Belajar
  11. Maklumat Pengguna – Kategori, Nama, Jantina, Nombor Telefon
  12. Kemudian Isi Semula Kod Pengesahan Yang Diberi
  13. Semak dan kemudian tekan butang Hantar untuk pendaftaran
  14. Selesai

Pastikan segala maklumat yang anda beri itu betul dan bukan palsu.

 

Ada masalah dengan epesara.rmp.gov.my?

Jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi atau ada pertanyaan yang ingin ditanya tentang portal ePesara dan lain-lain yang berkaitan, anda boleh menghubungi pihak PDRM melalui :-

  • Nombor telefon ePesara PDRM : 03-2266 8387/8573 atau Talian e-Kasih
  • Faks ePesara PDRM: 03-2266 838
  • Emel rasmi ePesara PDRM: [email protected]
  • Alamat rasmi : Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Tingkat 25, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur

 

Akhir kata

ePesara PDRM ini adalah satu bentuk program bantuan untuk para pesara polis dan petugas bagi meringankan beban terutamya untuk yang dibuang kerja, tiada pekerjaan atau tiada sumber kawangan.

Bagi polis yang masih lagi dalam perkhidmatan, anda masih lagi boleh pinjaman koperasi polis. Sila dapatkan maklumat berkenaan kelayakan pinjaman terlebih dahulu sebelum memohon.

Selamat maju jaya bagi yang memohon.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment