Cara Tukar Nombor Telefon KWSP


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan simpanan pekerja di Malaysia. Salah satu cara untuk memastikan maklumat pekerja terkini adalah dengan memastikan nombor telefon yang digunakan oleh pekerja adalah betul dan terkini. Oleh itu, KWSP membenarkan pekerja untuk mengemaskini atau menukar nombor telefon mereka.

Jangan menggelabah jika tidak boleh buat transaksi KWSP secara online terutama sekali ketika ingin buat permohonan Pengeluaran Khas KWSP melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang baru sahaja dilancarkan pada 1 April 2022.

Ramai yang tidak tahu, jika anda tukar nombor telefon lama kepada yang baru, anda perlu kemaskini maklumat dalam KWSP. Jadi, izinkan kami berkongsi cara tukar nombor telefon KWSP yang akan membantu anda menyelesaikan masalah tidak terima SMS TAC / OTP ketika mahu menggunakan i AKAUN. Untuk panduan dalam Bahasa Inggeris, boleh rujuk “how to update KWSP phone number“.

Cara tukar nombor telefon KWSP di cawangan

Berikut ialah panduan untuk menukar atau mengemaskini nombor telefon KWSP anda yang berdaftar:

  1. Sila hadirkan diri ke mana-mana cawangan KWSP yang mempunyai kiosk
  2. Antara premis tersebut ialah:
    • Cawangan KWSP
      • Senarai penuh, boleh baca di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
    • Urban Transformation Centre (UTC)
  3. Sentuh skrin dan buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  4. Masukkan Kad Pengenalan di tempat yang disediakan iaitu di bahagian sebelah kiri kiosk
  5. Letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang disediakan untuk mengesahkan identiti anda
  6. Selanjuntya, sila ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin untuk kemaskini no telefon KWSP
  7. Jika anda masih lagi mengalami masalah untuk kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di premis tersebut
  8. Selesai

Boleh tukar nombor telefon KWSP online?

Kami juga mencari informasi berkenaan kaedah untuk menukar nombor telefon secara online. Namun malangnya, tidak berjumpa apa-apa.

Jadi, jawapan pendeknya ialah tidak boleh untuk menukar no telefon KWSP secara online melalui i-Akaun KWSP.

Akan datang, sekiranya ada, kami akan kemaskini artikel ini.

Penggunaan i-Akaun

i-Akaun KWSP adalah platform yang membolehkan ahli KWSP mengakses maklumat akaun mereka secara dalam talian. Melalui i-Akaun, ahli KWSP boleh memeriksa baki akaun mereka, membuat pengeluaran, dan mengemaskini maklumat akaun seperti alamat dan nombor telefon.

Untuk tukar nombor telefon KWSP melalui i-Akaun, ahli KWSP perlu mengikuti beberapa langkah mudah. Pertama, ahli KWSP perlu memuat turun borang i-Akaun KWSP dan mengisi maklumat yang diperlukan menggunakan aplikasi Adobe Acrobat. Setelah lengkap, borang tersebut perlu disimpan dengan format nama yang betul.

Kemudian, ahli KWSP perlu menyediakan salinan MyKad (bahagian depan dan belakang) dan menghantar borang i-Akaun KWSP serta salinan MyKad ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan. Bagi memudahkan proses pengesahan, ahli KWSP disarankan untuk membuat temujanji terlebih dahulu.

Setelah pengesahan dilakukan, nombor telefon baru ahli KWSP akan dikemaskini dalam sistem KWSP. Ahli KWSP akan menerima kod pengesahan melalui nombor telefon baru mereka dan perlu memasukkan kod tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk mengesahkan pengemaskinian nombor telefon.

Pentingnya Mengemaskini Nombor Telefon

Mengemaskini nombor telefon KWSP adalah penting bagi ahli KWSP kerana ia membolehkan mereka menerima maklumat terkini berkaitan akaun KWSP mereka. Sebagai contoh, jika terdapat sebarang transaksi yang dilakukan pada akaun KWSP, ahli KWSP akan menerima notifikasi melalui nombor telefon yang telah didaftarkan.

Selain itu, mengemaskini nombor telefon KWSP juga membolehkan ahli KWSP menerima TAC atau OTP untuk tujuan pengesahan transaksi yang dilakukan secara atas talian. TAC atau OTP adalah kod pengesahan yang diperlukan untuk mengesahkan transaksi seperti pengeluaran atau pemindahan dana dari akaun KWSP.

Bagi memudahkan urusan dan transaksi KWSP secara atas talian, ahli KWSP hendaklah mendaftar i-Akaun KWSP. Ahli perlu mempunyai nombor telefon peribadi bagi mendaftar i-Akaun KWSP atau akaun KWSP atas talian.

Oleh itu, adalah penting bagi ahli KWSP untuk mengemaskini nombor telefon mereka agar mereka tidak terlepas maklumat atau transaksi penting yang melibatkan akaun KWSP mereka. Ahli KWSP boleh mengemaskini nombor telefon mereka dengan mengunjungi kios KWSP yang berdekatan atau melalui kaunter KWSP.

Macam mana kalau ada masalah?

Jika anda masih lagi tidak menerima OTP / TAC dan tidak berjaya mengemaskini nombor telefon, ada beberapa cara untuk hubungi pihak KWSP:

Hubungi KWSP secara online

  1. Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
  2. Di bahagian Apa yang anda mahu lakukan?, pilih salah satu seperti di bawah:
    1. Pertanyaan
    2. Cadangan
    3. Pujian
    4. Aduan
    5. Semak Status Pertanyaan
  3. Ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin sehingga selesai

Hubungi KWSP melalui nombor telefon

  1. Boleh gunakan talian 03-8922 6000
  2. Masa operasi ialah pada hari Isnin – Jumaat
  3. Waktu operasi ialah dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang

Soalan Lazim

Seringkali, apabila seseorang ingin menukar nombor telefon dalam akaun KWSP mereka, mereka mungkin mempunyai beberapa soalan yang perlu dijawab. Berikut adalah beberapa soalan lazim yang mungkin timbul ketika ingin tukar nombor telefon KWSP:

1. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menukar nombor telefon dalam akaun KWSP?

Untuk menukar nombor telefon dalam akaun KWSP, seseorang perlu mengikuti beberapa langkah mudah. Pertama, pergi ke laman web rasmi KWSP dan log masuk ke akaun i-Akaun. Kemudian, pilih menu “Kemaskini Maklumat Peribadi” dan klik pada butang “Kemaskini”. Di sini, seseorang boleh menukar nombor telefon dalam akaun mereka.

2. Adakah terdapat yuran yang dikenakan untuk menukar nombor telefon dalam akaun KWSP?

Tiada yuran yang dikenakan untuk menukar nombor telefon dalam akaun KWSP. Ini adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh KWSP.

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menukar nombor telefon dalam akaun KWSP?

Tidak ada dokumen yang diperlukan untuk menukar nombor telefon dalam akaun KWSP secara dalam talian. Walau bagaimanapun, seseorang perlu mempunyai akses kepada akaun i-Akaun mereka untuk menukar nombor telefon mereka.

4. Adakah kemaskini nombor telefon dalam akaun KWSP boleh dilakukan secara dalam talian?

Ya, kemaskini nombor telefon dalam akaun KWSP boleh dilakukan secara dalam talian melalui akaun i-Akaun. Ini adalah cara yang mudah dan cepat untuk menukar nombor telefon dalam akaun KWSP.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara tukar nombor telefon KWSP ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Seperkara lagi, bagi yang belum register i-Akaun lagi, cepat-cepatlah buat kerana sekarang sudah boleh daftar i-AKAUN KWSP melalui handphone. Sangat mudah untuk login dan boleh buat semakan baki, download penyata dan macam-macam lagi.

Semoga bermanfaat.

106 thoughts on “Cara Tukar Nombor Telefon KWSP”

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh saya inginkan 10k one off untuk sara hidup saya kerana pendapatan sebulan 1200

    Reply
  2. Saya dah tukar no telephone baru kat kios kwsp tahun lepas tapi no tac saya Masih no tel lama saya kenapa jadi mcm tu apa nak buat

    Reply
  3. assalamukalaikum ..sy nak tukar no tel umtuk tac no tel lame ke no tel bru …mcm mne cra nya ?adakah sy kena hadir ke pjabt kwsp ?

    Reply
  4. Nak tukar no lama kepada no baru sebab kad sudah tidak aktif…no lama 01127565498..no baru 01157327590..sekian terima kasih..

    Reply
  5. Ni nombor tlfn baru saya 0198551383 nk tukar no yg ni dah 0199787762 dah tak guna.saya tukar no baru yg ni 0198551383

    Reply
  6. SAYA MOHD FAUZI BIN MANSOR TUKAR NOMBOR HPN BARU,YANG LAMA TAK PAKAI LAGI..NOMBOR BARU YANG NIE 0109305732

    Reply
  7. SAYA MUHD FIRDAUS BIN AZIRON NAK TUKAR NOMBOR HPN BARU,YANG LAMA TAK PAKAI LAGI..NOMBOR BARU YANG NIE 0128423531

    Reply

Leave a Comment