6 Cara Nak Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Anda


Ramai orang tidak yakin pada diri sendiri kerana jerawat masih berbekas di muka. Malu nak berhadapan dengan orang ramai. Sekiranya anda adalah salah seorang dari orang yang rasa segan dan tidak confident, ikut perkongsian kami.

Cara nak hilangkan parut jerawat

Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan bekas jerawat dan secara tidak langsung dapat mengembalikan seri pada wajah anda:

Guna krim rawatan

Pertama sekali, dengan menggunakan krim rawatan yang kebiasaannya mengandungi gabungan glikolik dan asid salisilik. Anda hanya perlu meratakan krim di bahagian bekas jerawat tersebut dan biarkannya.

Ia adalah cara yang amat popular dan anda boleh dapatkan krim tersebut di mana-mana farmasi yang berdekatan pada harga yang amat berpatutan.

Kami tidak dapat cadangkan jenama yang sesuai, kerana tidak semua orang mempunyai kulit yang sama. Cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan krim adalah yang paling mudah. Boleh cari di mana-mana farmasi yang berdekatan.

Jika berjumpa doktor pakar kulit, itu lebih baik kerana beliau akan memberikan krim yang sesuai untuk kulit kita.

 

Gunakan serum

Anda juga boleh menggunakan serum yang dapat menghilangkan bekas jerawat dengan lebih pantas dan lebih berkesan, tetapi ianya lebih mahal berbanding menggunakan krim. Anda hanya menyapu serum tersebit ke seluruh muka dan bukan hanya di tempat yang bermasalah sebanyak dua kali sehari.

Dalam masa empat minggu, kulit muka anda akan kembali ke tona asal dan bekas jerawat tersebut tidak lagi kelihatan.

Harus diingatkan sekali lagi, cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan serum bakal menelan belanja yang banyak. Ia boleh digunakan sebagai pilihan jika ada duit simpanan lebih.

Tambahan lagi, serum juga dikatakan boleh digunakan sebagai agen anti-penuaan. Berani ambil suntikan serum?

 

Guna topeng muka

Cara ketiga untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan topeng muka yang biasanya telah direndam dengan cecair yang dapat membantu menghilangkan bekas jerawat di muka.

Cuma perlu memakai topeng tersebut selama sepuluh minit, tanggalkannya dan urut muka anda dengan lebihan cecair tersebut.

Kulit muka akan terus kelihatan berseri selepas melakukannya.

Jika diamalkan setiap hari, perbezaan ketara dapat dilihat dalam beberapa minggu. Walaupun nampak mudah, cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan topeng muka sangat leceh. Kalau rajin, apa salahnya!

 

Guna toner

Toner kulit juga sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan kadar pertumbuhan sel-sel kulit yang rosak terutamanya bekas jerawat.

Jika digunakan setiap hari, bekas-bekas jerawat bakal hilang dalam masa 1 atau 2 minggu sahaja.

Malah, ia juga boleh berfungsi sebagai rawatan jerawat-jerawat sedia ada di muka anda. Oleh itu anda dapat menjimatkan duit serta hanya menggunakan satu cara untuk atasi kedua-dua masalah jerawat dan bekas jerawat di muka.

Jerawat hilang, bekas jerawat pun hilang. Menarik bukan?

 

Buat rawatan tiga-langkah

Seterusnya anda boleh amalkan rawatan tiga-langkah terutamanya untuk bekas jerawat yang amat degil dan susah untuk hilang.

Langkah pertama adalah dengan menggunakan krim pembersih diikuti dengan gel pemutih dan diakhiri dengan krim pelembap.

Secara bersendirian ketiga-tiganya tidak berkesan tetapi jika digunakan bersama-sama, akan membantu satu sama lain dengan menghilangkan bekas jerawat di samping mengandungi asid yang boleh mengelupas lapisan bermasalah dan akhir sekali memutihkan kulit.

 

Buat rawatan laser dan filling

Jika anda telah amalkan pelbagai cara seperti di atas dan masih berdepan dengan bekas jerawat yang amat susah untuk ditanggalkan, sudah tiba masanya anda melakukan rawatan laser dan pengisian (filling).

Laser ablatif akan menjadikan bekas jerawat anda menjadi wap, dan membenarkan kulit baru yang lebih licin mengambil alih tempatnya.

Laser tanpa ablatif dapat membantu untuk mengaktifkan pengeluaran kolagen tanpa merosakkan permukaan kulit muka anda.

Manakala suntikan pengisian (filling) akan bantu mengisi bahagian yang ditinggalkan oleh parut-parut bekas jerawat yang dalam.

Rawatan ini akan menelan belanja yang tinggi berbanding rawatan yang lain. Ini cara menghilangkan bekas jerawat yang paling efektif.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara menghilangkan parut jerawat ini dapat memudahkan lagi urusan anda dalam mencantikkan diri. Semoga hilang bekas-bekas jerawat ini semua dan seterusnya dapat menaikkan lagi seri wajah tanpa solekan.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan Kesihatan

6 Cara Nak Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Anda

Leave a Comment