8 Cara Menurunkan Berat Badan Yang Selamat & Berkesan

Kita akan rasa hilang keyakinan diri sendiri bila berat badan naik. Bimbang penampilan tidak cantik. Itu normal. Namun, tak usah terus bermonolog sendiri dan asyik berkata mahu kurus tapi tak berbuat apa-apa.

Kali ini, kami akan kongsikan beberapa cara menurunkan berat badan yang anda boleh cuba.

Cuma ingin kami ingatkan, tidak ada jalan pintas. Kena pandai kawal diri sendiri.

Cara menurunkan berat badan

Berikut ialah beberapa cara yang efektif untuk anda mengurangkan berat badan berlebihan:

Jangan makan malam

Cuba tips mengurangkan berat badan yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan. Jika tidak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!

Ramai yang tidak tahu, makan pada waktu malam selalunya antara larangan paling utama bagi mereka yang dalam usaha menguruskan badan.

Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik ‘mengorbankan‘ diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tidak makan langsung atau makan manakan ringan yang langsung tidak seimbang.

Sebaik-baik snek pada tengah adalah secucuk string cheese, sesudu mentega kacang di atas sekeping buah-buahan ataupun semangkuk kacang edamame.

 

Jangan main telefon selalu

Tahukah anda menurut satu kajian, makan sambil menonton televisyen sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa.

Malah makan sambil main Whatsapp, memandu atau lain-lain aktiviti akan menyebabkan kita mengambil kuantiti makanan yang lebih dari biasa.

Jadi, sebaik-baiknya ambil makanan, duduk dan terus makan walaupun anda makan seorang diri.

 

Jangan timbang berat badan setiap hari

Jika berat badan anda naik beberapa hari berturut-turut, anda akan stress. Bila stress, anda akan mula mahu makan.

Jadi, lebih baik timbang seminggu sekali. Lagipun kalau timbang hari-hari, tak nampak banyak perubahan pun.

 

Jangan tak bersenam langsung

Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lunges atau squats sekurang-kurangnya selama 5 minit selang 30 saat.

Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme seseorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari.

 

Jangan asyik mengunyah

Kadangkala sedang kita duduk bersantai pasti akan terasa seperti mahu makan sesuatu.

Setiap kali terasa ‘nak mengunyah’, pastikan anda sibukkan diri sendiri seperti hubungi rakan dan berbual dengan mereka.

Kebiasaannya keinginan ‘nak menguyah’ ini hanya selama 5 minit sahaja. Selepas itu keinginan akan hilang.

 

Jangan tak sarapan pagi

Makan sarapan pagi adalah antara tips mengurangkan berat badan yang penting. Jangan sesekali tinggalkan breakfast.

Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yang penuh karbohidrat dan protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewaktu makan tengahari.

Anda mungkin boleh pilih seperti putih telur, roti gandum atau ayam panggang sebagai sajian sarapan anda. Jangan lupa tips mengurangkan berat badan ini.

Pastikan bersarapan dan tidak biarkan perut kosong sebelum keluar rumah.

 

Jangan tak makan buah

Buah adalah salah satu tips mengurangkan berat badan yang cukup efektif.

Buah-buahan tidak mempunyai lemak malah kaya dengan air. Jadi ia akan membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan dan juga ruang di dalam perut anda kerana buah-buahan baik untuk proses pelawasan.

Jangan fikir tentang kiraan karbohidrat dalam sebiji buah kerana buah-buahan memang mempunyai tinggi karbohidrat dan serat sihat yang baik untuk badan.

 

Jangan tidur lewat

Menurut kajian, tidur 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu anda membuat pilihan makanan yang betul.

Di samping itu apabila anda mendapat rehat yang cukup, anda kurang terdedah kepada keletihan dan tekanan.

 

Akhir kata

Jangan terburu-buru dalam proses menurunkan berat badan. Biar lambat, asal selamat.

Didoakan agar urusan anda untuk mengurankan berat badan dipermudahkan. Ingat, tak turun tak apa. Janji sihat.

Semoga bermanfaat.


Lagi Tips Kesihatan ↓

Leave a Comment