8 Cara Mengatasi Gatal Badan Secara Semulajadi


Bukan sahaja kanak-kanak akan rasa tak selesa, kita orang dewasa juga akan berasa yang sama jika gatal-gatal badan. Namun, jangan risau kerana kami akan kongsikan beberapa cara untuk mengatasi gatal badan secara semulajadi. Tak perlu beli apa-apa ubat pun.

Walau bagaimanapun, petua ini lebih sesuai untuk orang dewasa. Jika kanak-kanak, kami sarankan agar agar berjumpa dengan doktor. Bimbang jika tidak sesuai dengan bayi dan kanak-kanak.

Cara mengatasi gatal badan

Berikut adalah beberapa bahan untuk anda hilangkan kegatalan pada badan. Jangan tak percaya, bahan-bahan ini ada yang anda boleh jumpa di dapur.

Soda penaik

Jadikan pes dengan mencampurkan satu sudu air bersama tiga sudu soda penaik. Buat dalam satu bekas dan simpan.

Sapu pada bahagian gatal. Lakukan setiap hari hingga rasa gatal hilang.

 

Ais

Balut ais dan lalukan pada bahagian yang gatal. Jika boleh tahan sejuk, letak sahaja ais terus pada bahagian yang gatal.

Jika tiada ais, basahkan tuala dengan air sejuk Coway atau Cuckoo dan tekap.

 

Lemon

Ambil lemon dan perah jus dalan satu cawan.

Ambil bebola kapas dan basahkan dalam jus lemon tadi.

Sapu pada tempat gatal. Biarkan ia kering dan bilas. Lakukan beberapa kali dalam sehari.

 

Oatmeal

Ini makanan yang kita selalu nampak di kedai runcit seperti 99 Speedmart.

Jika ada di rumah, ambil sedikit kira-kira separuh cawan.

Masukkan sedikit air ke dalam cawan yang berisi oatmeal.

Sapu pada bahagian yang gatal dan tutup dengan kain selama setengah jam. Kemudian bilas.

 

Cuka epal

Cara penggunaannya lebih kurang sama dengan lemon. Masukkan cuka epal dalam satu cawan.

Guna bebola kapas dan sapu pada tempat gatal.

 

Gel aloe vera

Anda boleh sapu gel aloe vera pada bahagian badan yang gatal dan biarkan sehingga kering. Ulang lagi jika masih tidak hilang.

 

Daun thyme

Susah untuk jumpa daun ini. Tapi kalau ada di dapur, R=rebus satu sudu daun thyme dalam periuk.

Tapis airnya kemudian basahkan kain pada air itu. Lap pada tempat yang gatal.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara hilangkan gatal badan ini dapat menghilangkan ketidakselesaan anda.

Ingin kami tegaskan di sini, perkongsian ini hanyalah satu alternatif kepada perubatan moden.

Jika gatal-gatal badan masih lagi tidak hilang, kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berhampiran.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan Kesihatan

8 Cara Mengatasi Gatal Badan Secara Semulajadi

Leave a Comment