Cara Buat Kek Batik (Resepi Coklat Melting Simple, Rasa Lembut)


Kek batik ‘melting’ saya ni resipi asalnya hasil perkongsian Tuan Adriana Arissa di FB. Tapi, saya dah olah supaya kurang manis & ganachenya lebih rich. Kalau nak tahu cara buat kek batik yang melting, boleh rujuk di bawah.

Susu pekat tu, dari 1 cawan, saya kurangkan kepada ¾ cawan & kurangkan lagi kepada ⅔ cawan. Yes. Hasilnya tak lah manis menyengat sangat & kena dengan selera saya & geng² KFC, kawan² adik saya.

Saya tak ada buat jual/ ambil order. Tapi, kalau ada kenalan terdekat yang nak merasa & buat makan², saya tolong buatkan je.

Dah lama saya tak buat kek batik ni. Alang² dah ada orang mintak tolong buatkan, saya kongsikan resipinya sekali.

Selamat mencuba.

Cara Buat Kek Batik ‘Melting’/ Kek Batik Ganache Coklat

Bahan-bahan kek batik

(Loyang 10 inci x 10 inci):

Lapisan Bawah

  • 2 bungkus (600 g) biskut Marie
  • 1 ketul (250 g) mentega
  • ½ cawan air
  • ⅔ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 cawan Milo
  • 2 biji telur
  • 1 sdt pes vanila

Lapisan Atas

  • 1 kotak kecil (200 ml) krim putar tenusu
  • 200 g coklat gelap
  • 200 g coklat susu
  • 2 sdb mentega
  • ½ sdt minyak hazelnut

 

Cara penyediaan kek batik

Lapisan Bawah:

  • – Alas loyang dengan kertas pembakar.
  • – Patah-patahkan biskut Marie.
  • – Cairkan mentega di dalam kuali.
  • – Masukkan air, susu pekat manis, serbuk koko & Milo. Kacau sehingga tidak berketul dengan api kecil.
  • – Masukkan telur & pes vanila. Kacau dengan cepat. Masak seketika sehingga adunan mula mendidih sebelum menutup api.
  • – Masukkan biskut Marie. Gaul rata.
  • – Masukkan biskut Marie ke dalam loyang. Padat-padatkan. Letakkan ke dalam peti sejuk.

Lapisan Atas:

  • – Masukkan coklat, krim putar tenusu, mentega & minyak hazelnut ke dalam mangkuk tahan panas.
  • – Sediakan air panas (simmer) di dalam periuk untuk proses double boil.
  • – Letakkan mangkuk yang berisi coklat ke atas periuk. Biarkan seketika +-2 minit.
  • – Setelah 2 minit, kacau ganache coklat sehingga sebati.
  • – Biarkan ganache coklat dalam keadaan suam sebelum dituang ke atas lapisan biskut.
  • – Sendengkan loyang untuk meratakan coklat & letakkan ke dalam peti sejuk 8-12 jam/ semalaman sebelum dipotong.

Nota:
Potong kek batik dengan menggunakan pisau panjang yang dicelup ke dalam air panas. Lap pisau sehingga kering & potonglah mengikut saiz yang disukai

Sumber: Noor Ashikin Saerah dari Masak Apa Hari Ni

Leave a Comment