bsn.com.my (Cara Daftar & Login BSN Online Banking)

Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional, kami sarankan anda daftar BSN online banking juga melalui bsn.com.my. Mudah untuk buat transaksi tanpa perlu ke cawangan.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara register BSN online melalui bsn.com.my

Berikat ialah cara untuk buat registration online banking BSN:

  1. Layari laman web rasmi BSN di sini: https://bsn.com.my
  2. Klik menu Login di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih myBSN
  4. Anda akan dibawa ke mybsn.com.my
  5. Klik Login dan pilih myBSN
  6. Kemudian, tekan Register dan pilih First Time Registration untuk membuat pendaftaran keahlian baru.
  7. Sila baca semua terma dan syarat yang ditetapkan. Sebagai tanda persetujuan, tandakan di ruangan Accept dan Decline jika tidak bersetuju. Jika anda menandakan di ruangan Decline, anda akan kembali ke halaman utama mybsn.
  8. Klik Next selepas anda Accept anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan .
  9. Isikan 16 digit nombor kad debit/ kredit kad, CVV2 yang mengandungi 3 digit, yang didapati di belakang kad anda dan tarik luput atau dikenali sebagai Expiry Date.
  10. Sila masukkan nombor kad pengenalan di dalam ruangan yang disediakan dan tekan Next untuk ke skrin seterusnya.
    • New IC Number adalah khas untuk warganegara Malaysia
    • Old IC adalah bagi individu yang belum memiliki MyKad
    • Passport atau Military IC bagi individu yang tidak memiliki MyKad atau bukan warganegara Malaysia
  11. Isikan username yang anda ingin guna.
  12. Kemudian, masukkan Kata Laluan atau dikenali sebagai Password . Isikan Password yang sama di ruangan Confirm New Password.
  13. Tekan “Request OTP” yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dan klik butang Confirm.
  14. Masukkan kod OTP di ruangan “ OTP Number
  15. Anda dikehendaki untuk memilih “Online Image”. “Online Image” ini bertindak sebagai pengesahan setiap kali anda log masuk ke akaun banking MyBSN.
  16. Akhir sekali, klik butang SUBMIT dan pendaftaran akaun perbankan myBSN anda telah berjaya.

 


2. Cara login bsn.com.my (First Time Login)

Ini adalah langkah untuk first time login, iaitu pengguna yang mahu login buat kali pertama setelah berjaya membuat pendaftaran BSN online.

  1. Tidak perlu layari https://bsn.com.my
  2. Boleh terus layari https://mybsn.com.my
  3. Masukkan Username
  4. Tekan butang Login
  5. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  6. Masukkan Password akaun anda.
  7. Setelah dapat akses masuk, isikan maklumat peribadi anda.
  8. Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda.
  9. Anda kini sudah berjaya login BSN online banking

 

3. Cara login BSN online banking

Ini bukan cara login untuk kali pertama. Anda sudah tidak perlu isikan soalan rahsia lagi. Boleh terus login untuk buat transaksi.

  1. Tidak perlu layari https://bsn.com.my
  2. Boleh terus layari https://mybsn.com.my
  3. Masukkan Username
  4. Tekan butang Login
  5. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  6. Masukkan Password akaun anda.
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya log masuk ke dalam BSN online banking

 

Akhir kata


Diharapkan agar perkongsian cara untuk register dan login bsn.com.my ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.


Lagi Laman Web ↓

Leave a Comment