bkc.hasil.gov.my 2021 (Login & Semak Bayaran BKC)


Ini adalah maklumat rasmi. Tepat pada 6 September 2021, pihak kerajaan akhirnya mewujudkan laman terbaru BKC di bkc.hasil.gov.my bagi membolehkan penerima BKC bujang mahupun BKC Isi Rumah termasuk Warga Emas membuat semakan Bantuan Khas COVID-19 yang diuruskan oleh pihak LHDN.

Untuk bantuan terbaru BKM, sila rujuk bkm.hasil.gov.my

Izinkan kami berkongsi.

1. Login BKC guna pautan bkc.hasil.gov.my

Terima kasih kerajaan kerana merealisasikan portal BKC yang akan memudahkan kami buat semakan BKC.

Lebih kurang sama sahaja dengan BPR yang boleh diakses melalui portal MyBPR di bpr.hasil.gov.my

Berikut ialah cara-cara untuk login BKC melalui MyBKC:

  1. Layari laman web rasmi BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
  3. Untuk terus buat semakan, ini satu lagi direct link untuk buat semakan: https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx
  4. Masukkan No MyKad anda
  5. Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  6. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  7. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 940404-14-5355, masukkan 940404145355
  8. Tekan butang Semak
  9. Sekiranya semua berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, maklumat berkenaan kelulusan dan bayaran BKC akan terpapar

 

2. Semakan status BKC melalui bkc.hasil.gov.my

Selepas berjaya log masuk, sila lihat status seperti berikut:

  • Status
  • Amaun Keseluruhan Diterima
  • Maklumat Bayaran

Contoh screenshot untuk golongan Miskin Tegar, kategori  Isi Rumah adalah seperti berikut:

Semakan status BKC Miskin Tegar

 

Contoh screenshot bagi yang terima duit melalui Maybank adalah seperti di bawah:

BKC Maybank duit masuk akaun

 

3. Kenapa tiada dalam senarai Penerima BKC?

Pasti ada yang mempunyai masalah tiada rekod iaitu status BKC tiada dalam senarai penerima seperti di bawah:

Semakan status BKC tiada rekod

Apa perlu buat?

  1. Sila pastikan bahawa anda memang layak untuk menerima BKC
  2. Sila rujuk apakah antara alasan tidak lulus sebagai Penerima BKC
  3. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk FAQ BKC yang terbaru pada 6 September 2021

 

4. Alasan tidak tersenarai Penerima BKC

Seperti yang dimaklumkan kerajaan, tiada permohonan diperlukan bagi menerima bantuan BKC. Ini kerana kelayakan akan dibuat berdasarkan data permohonan yang dibuat semasa permohonan BPR 2021, khusus bagi golongan dalam kategori Miskin Tegar dan B40.

Kelayakan juga dibuat daripada data percukaian LHDN bagi penerima M40.

Jadi, sekiranya anda gagal BKC, ini adalah antara alasan:

Alasan tidak lulus BKC bagi Miskin Tegar dan B40

Kriteria kelulusan diambil dari data BPR 2021

  1. Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
  2. Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
  3. Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
  4. Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP
  5. Bekerja / menetap di luar negara

 

Alasan gagal BKC bagi M40

Kriteria kelulusan diambil dari data bayaran cukai kepada LHDN:

  1. Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
  2. Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020
  3. Pembayar cukai meninggal dunia
  4. Bekerja / menetap di luar negara

 

5. Terlupa Kata Laluan BKC

Sekiranya anda tidak boleh masuk ke dalam portal MyBKC kerana terlupa Kata Laluan, sila ikut panduan berikut untuk reset password BKC:

  1. Klik laman Log Masuk Pengguna BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Abaikan ID Pengguna dan jangan tekan butang Semak
  3. Sebaliknya klik pautan Terlupa Kata Laluan?
  4. Anda akan berada di bahagian Terlupa Kata Laluan
  5. Di ruangan SOALAN KESELAMATAN, masukkan ID Pengguna iaitu Nombor MyKad anda
  6. Sekiranya anda dalam rekod, akan terpapar soalan baru iaitu Sila masukkan emel yang telah didaftarkan
  7. Masukkan Emel anda
  8. Tekan butang seterusnya
  9. Ikuti arahan yang diberikan sehingga selesai

 

6. Akaun BKC disekat LHDN?

Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, janganlah panik. Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 15 minit. Selepas itu, cuba log masuk sekali lagi.

 

7. Masalah login di bkc.hasil.gov.my

Soalan “Kenapa BKC tak boleh login” sangat-sangat popular. Kami juga penat mahu menjawab.

Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BKC:

  1. Portal BKC jem, tak boleh masuk
    • Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal BKC mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
    • Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login BKC dalam masa yang sama.
    • Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 1 pagi dan ke atas.
  2. Keluar error “ID pengenalan belum didaftarkan”
    • Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar BPR
    • Untuk makluman, jika tidak pernah daftar BPR, anda tidak akan dapat bantuan BKC
  3. Kata Laluan salah
    • Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini.
    • Jadi, anda perlu reset password BKC
    • Jangan menggelabah. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan?  sebelum mencuba Log Masuk BKC
    • Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
    • Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda pilih semasa buat pendaftaran BPR sebelum ini
    • Klik butang Seterusnya untuk soalan yang selanjutnya
    • Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
    • Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai

 

8. Kenapa BKC tak masuk lagi?

Ini satu lagi soalan yang kerap ditanya. Ramai yang mahu tahu kenapa duit BKC belum masuk. Kenapa lambat sangat?

Untuk makluman, segala urusan pengkreditan adalah terletak pada pengurusan pihak bank. Pihak LHDN sudah memasukkan duit ke dalam bank-bank terpilih. Sekarang, bank akan memproses satu persatu bagi pihak penerima.

Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ada yang sudah masuk pada 6 September 2021 dan ada juga yang masih lagi belum dapat sehingga ke hari ini.

Perlukah saya risau?

Tak perlu.

Jika status dalam MyBKC sudah lulus dan memang ada maklumat bayaran, tunggu sahaja.

Pasti akan masuk ke dalam akaun bank anda.

Banyakkan bersabar.

 

9. Semakan bayaran BKC dalam akaun bank

Untuk memudahkan anda membuat semakan pembayaran, boleh klik pautan untuk setiap bank seperti yang disediakan di bawah.

Pastikan amaun yang masuk adalah sama dengan jumlah yang tertera di bahagian Maklumat Bayaran dalam MyBKC.

 

Nama Bank Pautan
Maybank / Maybank Islamic https://maybank2u.com.my
BSN https://www.mybsn.com.my
Bank Islam https://www.bankislam.biz
RHB / RHB Islamic Bank https://logon.rhb.com.my
Ambank / AmIslamic Bank https://ambank.amonline.com.my
Agrobank https://www.agronet.com.my
Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
Affin Bank / Affin Islamic Bank https://rib.affinonline.com
Bank Rakyat https://www2.irakyat.com.my
CIMB Bank / CIMB Islamic Bank https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
Bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
Public Bank /Public Islamic Bank https://www.pbebank.com

Sekiranya anda telah selamat menerima pembayaran Bantuan Khas COVID ini, sila maklumkan pada yang lain di ruangan komen.

 

Maklumat lanjut berkenaan BKC

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login BKC, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BKC, permohonan BKC, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BKC di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian kami mengenai panduan untuk log masuk bkc.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda.

Categories BKC

93 thoughts on “bkc.hasil.gov.my 2021 (Login & Semak Bayaran BKC)”

    • Punca nya ialah samaada anda tidak pernah mendaftar bpr (walaupun tidak layak janji anda daftar) atau tidak menghantar borang cukai pendapatan taksiran bagi tahun 2020 atau pendapatan anda melebihi kategori M40

      Reply
  1. Wslm slm sejtera kali tulis no kp tk dpt semkan kelulusan..ada apa ya pilih rekyat ke delam masa bagin covid 19 mendedak seluruh dunis…afui alhmfulilah amin.

    Reply
  2. PM dah umum BKC adalah untuk rakyat, Yang buat kerja lebih dan tolak permohonan adalah LHDNM padahal memang ada rakyat yang betul2 susah dan perlukan bantuan untuk menyara keluarga. Ada yang sepatutnya tak layak dapat bantuan tetapi awal2 lagi dan pukul canang beritahu dia dapat. Kalau masih ikut data BPR memang sampai bila2 pun tak akan dapat,Aku tak ada pendapatan sepanjang PKP, isteri pula status OKU (Kaki kanan dipotong akibat kemalangan jalanraya. anak2 masih belajar. Sekarang hanya isteri yang dapat bantuan rm300 dari JKM,kepada LHDNM tolong lah prihatin dan buat kerja dengan ikhlas untuk bantu rakyat yang tengah susah dan terdesak.

    Reply
  3. Budu bpr lulus plk bujang b40 skli ni nak buat semak kan utk bkc ttiba ckp id penguna blom didaftar.. Biar btl bkn x pyh daftar ker klo layak trima bpr.. Apasal skrng xbole nak semak

    Reply
  4. Bangang betul la…bila check ja dia kata no my kad tiada dalam senarai penerima bkc…abis dri bpr lagi x layak sbb x ckup doc..bila nk rayuan x boleh2 pun…apa jadah nyaaa….semua nya bg susah nk buat rayuan ka apa ka….satu bantuan pn aku x dpt dari kerajaan..bpr pn x dpt ingt bkc bleh dpt,last2 guna data bpr jgk mmg xkn dpt laaa…bodoh betul nk buat pemohonan baru ka nk rayuan ka semua payah….so mcm mna dh apa semua x boleh buat,last2 bg taw x layak x lulus ja la yg kerajaan boleh ckp…..

    Reply
    • Saya M40 sebelum ni mmg tak pernah dapat apa apa bantuan BASAH/BPR dari kerajaan. Tapi sblm ni saya ada buat permohonan/rayuan BPR, dan keputusan yg diterima TIDAK LAYAK alasan gaji suami isteri lebih.. Baru ni saya cuba cek dan log in BKC id dan pasword sama dgn log in BPR hasil nya, nama saya ada tersebarai utk penerima BKC RM 250 dan dh masuk pun acc gaji pada 9.9.2021.. Jika anda M40 cuba semak adakah anda menghantar borang cukai pendapatan taksiran bagi th 2020 tapi jika anda B40 saya x pasti apa sebabnya..

      Reply
  5. Knp bpr hr tu sy dpt kali ni check no my kad tiada dalam senarai penerima bkc..sedangkan hari tu cakap x pyh daftar dh.

    Reply
  6. Org dok komen2 pasal link bkc ni problem manjang…yg lhdn ke org yg berkaitan tu respon la sikit..kasi lega skit pale otak pikir masalah time pkp skang ni..haa..korang paham x..masalah pale agong ni..!!.bukan kepale pitok..aduyaiii lhdn..xjadi ape la boss

    Reply
  7. ape menda la…kata siap2 x yah daftar kami ada rekod bagai..last2 tulis tiada dlm senarai…ape jadahnya taun lps bpn dpt je..sistem lhdn ni dh luput ke ape..

    Reply
  8. Kesian la pada kami peniaga tepi jalan . pendapatan x seberapa..bila dapat bantuan gkp terus ditarik balik BPR BKC … X dapat BPR x pada..tp jangan la tarik balik bantuan lain..MCM bantuan HP , topup untuk anak2.. mysalam pon dah x layak… peniaga tepi jalan pon terkesan musim pkp ni😞😞

    Reply
    • Psgan Mohon gkp pun
      Bpr ritu last dpt 400 pastu dh kena potong pdahal xckup tau dgn krugian yg menimpa kami … 5ribu dpt rsa mcm xdapat lah brg mahal myk naik 5ribu xboleh tmpung modal pun bntuam lain dh xdpt hbbs brg dpur pmpers anak nk hrp duit mniaga pun xleh hbs lingkup buah tauk saja prning pala beban hutang pun xleh settle lgi mniaga kecil ja pun dri ad keta smpai hbs xde apa tau dk nk bt keje pi mtk keje pun ssh nk dpt cube fkir lah kesian kat kami pniaga kecil suami. Ja mohon kot klu dua org mohon ampa potong xpa. Lah ni sorg ja mohon xbalik modal lgsung

      Reply
  9. Mengapa BKC sini update saya pendapatan 9k , di BPR update pendapatan rm0.00 .sudan 1 tahun tak dpt kerja. BPR juga tak update system,sekarang tunggu rayuan BPR shj.

    Reply
  10. Yang aku lain cerita..hahah…bpr boleh login..tapi kat bkc tak boleh…sdgkan pasword sama…cakap pakai akaun bpr..bilo cba login…apa yg kluar..akaun anda dsekat..sila tggu slpas 24 jam…ok tggu lagi…esok buat lagi…tggu 24 jam. .aku dh ikut step diorg buat..nk seuh aku buat smpai bila..korg ckp..bila dh ada bpr..ikut je bpr punya akaun..tapi nothing.. mnyusahkn org je…bljar dr bkks srwk…tak ada yg mnyusah kn org…tekan kluar…cara sma..tapi..org yg wujudkn dlm satu akaun..payah…saluran dh ada..dlm bpr..buat apa nk bkc…buat ssh kan org je…dh la lembab…mcm lanchau…

    Reply
  11. Rayuan tak lulus, lulus lagi dari fasa 2.sedangkan kesilapan dari pegawai yg bertugas dia kata data suami sy tiada dalam data. Tp yg sy print out tu ada pula. Macam mana ni. Cek dalam bkc tiada dalam senarai.

    Reply
  12. Dh try cek byk kali bila masukkn no ic kena tukar kata laluan lepastu bla tkn done tkboleh tekn lupa kata laluan suruh mskkn email tak dapat2, dh berapa hari peliknya pswod yg sama boleh ja bukak di bpr peliknya

    Reply
  13. Ramai complaint pasal link UTK reset lambat dpt jika berkaitan government…xknla xse improvement walaupun skit.mcm keluhan rakyat di abaikan…alasannya org ramai pohon…Dey ini zaman milenium bkn zaman kerani kna taip 1 per 1 permohan hihi…alahai kilang yg besar bleh byr on time UTK ribu2 staff.jika account bank lain lewat 1 hari…ini swasta tau.( Mungkin pakai server mahal kot ).ini government mesti lg padu kn.kita control bank..bukan kita ikut syarat bank .Klau MCM ni sampai bila2 la time ada bantuan Dr government mesti ada yg awal dan lambat..#sabarlasahabat2ku

    Reply
  14. lalu masa Jumlah Kelulusan BPN 1.0
    RM 800.00
    Jumlah Kelulusan BPN 2.0
    RM 500.00
    Hakcipta Terpelihara 2020 © Lembaga Hasil Dalam Negeri
    masih dpt ambik kha.

    Reply
  15. Dlm rayuan bpr lulus tp bkc tak dpt, saya seorang ibu tunggal yg digantung tak bertali. Tanggungan ramai, ibu bapa sakit, adik oku, ada seorang anak. Gaji pun rendah sbb cuma pembantu awam di salah sebuah ipta di lembah klang. Hrp kementerian kewangan jgn pilih kasih dlm beri bantuan. Jgn sampai kes bunuh diri mencanak tinggi baru nak nilai blk permohonan individu yg ‘bunuh diri’. Moga2 selaraskan bpr dan bkc kpd golongan sasar bkn grup yg menangguk di air keruh.

    Reply
  16. BPR fasa 1, fasa 2 dan tambahan..lulus tapi tak pernah masuk..ni BKC nak kene tunggu jugak”mesti masuk’katanya
    Ini bantuan atau just nk bagi fakehope?
    Jgan bagi FAKEHOPE dekat orang la oii…
    HARAP DAPAT AMBIL TINDAKAN

    Reply
  17. My name Quah Eng Seng, i/c No. 460321025645 and I am OKU, card No. PH 101040000247, has been BPR/ BSH member for more than 3 years. I had taken the BPR money for Fasa 1 this year, and the Fasa 2 , they say that I am not qualify .
    They said that I am member of Petaling Jaya Lion club. Itold them that how can I be a Lion Club member When I am 75 years old man and also OKU . I told them that some one must used my name and I/c No. Up to now They refuse to accept.
    Can help me, please.

    Reply
  18. Saya amat dukacita kerana permohonan BPR 2021 saya tidak lulus atas alasan “Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada nama pasangan”. Justeru itu, Bantuan Khas Covid-19 pun ditolak. Yang menhairankan saya adalah, pihak LHDN sepatutnya ada rekod pasangan saya. Saya juga telah menghantar 2 emel ke bpr.treasury.gov.my mengenai perkara tersebut tetapi tiada sebarang respon atau tindakan dari pihak mereka. Saya juga telah menghubungi “Hasil Careline” dan LHDN tetapi telah dimaklumkan bahawa saya tidak layak untuk menerima BPR 2021 ataupun BKC 2021 dan rayuan baru tidak diterima setakat ini.

    Saya rasa tercicir dari bantuan kerajaan walaupun isi-rumah saya adalah dalam golongan B40 dan suami saya adalah seorang pesakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialysis sebanyak 3 hari seminggu.

    Reply
  19. Tuan/Puan,
    Saya adalah warga emas berumur 82 tahun. Adakah saya layak untuk menerima BKC 19? Saya pun tidak pernah mohon BPR2021.
    Harap dapat diberi maklumbalas mengenai perkara ini .
    Sekian .
    Terima kasih ,
    Robert Tan
    KP:390517015181

    Reply
  20. Sungguh mengecewakan.Kumpulan B40 bujang tak dapat apa-apa di Fasa kedua Bantuan Khas Covid-19(BKC).Saya berasa sangat kecewa.Mengapakah?Adakah orang bujang tak memerlukan wang?

    Reply
  21. Bila nk kemaskini maklumat x boleh sb kena tunggu tarikh baru utk kemaskini. Klu ada silap isi tak kan nak tunggu tarikh baru? Makin online makin susah nk buat kerja. Yg kat pejabat tu duduk je sb tak ada pelanggan boleh masuk berurusan. Klu boleh berurusan pun beberapa org je se hari. Benda penting spt ni jgn lah byk x boleh nya. Sepatutnya di permudahkan berurusan. Klu buka kaunter utk selesaikan masallah pun sanggup tunggu 1 jam…

    Reply
  22. Saya juga mahu mohon bantuan khas covid sebab sya kuarantin 18/9/2021 hbis kuarantin pada 27/9/2021 tpi sekrg 2021 bru lulus kenapa xblah nk tuntut sebab BPR sy 2021 lulus kut kna xblah plk nk dpt bantuan bqb sy positif covid kut.

    Reply
  23. Saya juga mahu mohon bantuan khas covid sebab sya kuarantin 18/9/2021 hbis kuarantin pada 27/9/2021 tpi sekrg 2021 bru lulus kenapa xblah nk tuntut sebab BPR sy 2021 lulus kut kna xblah plk nk dpt bantuan bab sy positif covid kut.

    Reply

Leave a Comment