Senarai Stesen TV (TV Channel) di Malaysia

Malaysia TV Channel

Bercakap mengenai Malaysia TV channel, iaitu keadaan stesen TV di Malaysia – sememangnya sekarang lebih banyak berbanding dulu. Namun, dengan kehadiran Astro, sedikit sebanyak menggugat kedudukan TV percuma. Izinkan kami berkongsi.

Malaysia TV Channel (Percuma)

Di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Yang percuma buat masa ini hanyalah yang di bawah kerajaan Malaysia:

  • TV1
  • TV2
  • TV Okey (Yang boleh ditonton melalui Astro)

 

Di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Stesen TV ini adalah separa kerajaan.

  • TV ALHijrah

 

Di bawah Media Prima Berhad

Stesen TV di bawah Media Prima Berhad adalah dalam kategori TV swasta. Syarikat ini adalah satu-satunya syarikat swasta yang mengendalikan beberapa rancangan TV di Malaysia, yang percuma untuk rakyat.

  • TV3
  • ntv7
  • 8tv
  • TV9

Malaysia TV Channel (Berbayar)

Tidak dinafikan, Astro adalah syarikat yang paling diminati ramai kerana kualiti gambar yang cantik dan jelas.

  • Astro

 

Stesen TV Malaysia (Lain-lain)

Stesen TV satelit percuma

  • NJOI

 

Tiada lagi siaran TV analog

Mengikut sumber Utusan, penutupan siaran analog televisyen akan dilakukan secara berperingkat. Ia bakal membolehkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview sepenuhnya. Sehingga kini terdapat 15 saluran televisyen dan enam saluran radio yang boleh didapati menerusi myFreeView.

Malaysia merupakan negara ketiga di rantau ASEAN yang akan menjalankan penutupan siaran TV analog selepas Brunei serta Singapura, yang telah menutup siaran TV analog mereka sepenuhnya dan bersiaran TV Digital masing-masing pada 31 Dis 2017 dan 1 Jan 2019.

Yang tidak mampu

Jangan risau jika anda tidak boleh menonton TV lagi jika tiada Astro. Untuk pengetahuan, MYTV akan mengagihkan dua juta set dekoder percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) terutama golongan isi rumah B40.

Namun, bagi mereka yang ingin membeli set dekoder ini, ia dijual pada harga RM187 sama ada dibeli secara dalam talian atau wakil penjual sah yang disenaraikan menerusi laman sesawang yang sama.

Dengan adanya inisiatif baru ini, rakyat akan dapat menikmati kualiti siaran dan bunyi yang lebih baik. Malah penambahbaikan ini dijangka akan dapat merapatkan jurang digital bagi membolehkan akses kepada maklumat yang sama antara penduduk luar bandar dan bandar.