Cara Menjadi Penulis Blog (Dan Jana Pendapatan Sampingan)


Macam mana cara menjadi penulis blog, iaitu seseorang yang boleh menulis dengan baik dan menghasilkan artikel yang berkualiti serta bermanfaat? Benar, memang susah. Tak semua orang ada bakat ini. Namun, dengan sedikit ilmu, ia tidak susah. Dalam masa yang sama, boleh juga tambah pendapatan.

Jana pendapatan sampingan dari rumah dengan menjadi penulis blog

Benarkah memang boleh jana pendapatan sampingan tanpa modal dari rumah dengan hanya menjadi penulis blog?

Sebenarnya, boleh. Cuma kaedahnya tidak sama dengan cara buat copywriting menarik yang lebih fokus kepada ayat power untuk memukau pelanggan. Cuma dalam proses menjadi seorang penulis blog, ia akan jadi lebih mudah kalau kau masuk kelas SEO dan tahu macam mana nak rank #1 di Google.

Cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan pasif dengan menulis blog dengan meletakkan iklan-iklan dari Google Adsense, Ezoic, Innity dan macam-macam lagi. Ini adalah antara beberapa jenama atau syarikat pengiklanan yang paling mudah untuk kita bermula.

Sebelum itu, aku cadangkan agar kau belajar juga cara nak buat blog guna WordPress. Selepas itu, lebih mudah untuk menulis blog.

Cara menjadi penulis blog

Menulis itu tidaklah susah. Namun, untuk menjadikan ia menarik dan bermanfaat, perlukan sedikit ilmu. Ikut perkongsian di bawah ini.

1. Beralih dari Facebook

Kalau kau jenis orang yang selalu menulis di Facebook, kini tibalah masanya untuk kau bertukar ke blog pula. Cuba jadi seorang penulis blog pula.

Kenapa blog?

Blog adalah milik diri sendiri. Manakala, Facebook itu milik Mark Zuckerberg. Bila-bila masa sahaja dia boleh hentikan dan sekat blog kita.

 

2. Buat blog dahulu

Belajarlah sedikit, bagaimana untuk mendaftar Blogspot atau WordPress. Mulakan dengan yang percuma dahulu.

Lama-kelamaan, kau akan biasa dan akan tiba satu masa nanti, kau mahu bertukar ke domain sendiri.

Panjang ceritanya nanti.

 

3. Tulis dan terus menulis

Cuba disiplinkan diri untuk tulis artikel setiap hari. Tak semestinya perlu publish.

Yang penting di sini, biarkan otak selalu berfikir dan jari-jemari terus menari untuk membiasakan diri.

Akan tiba satu hari nanti, kalau tak menulis, rasa tak lengkap.

 

4. Untuk jadi penulis blog, jangan takut kena kecam

Memang kadang-kadang kita takut untuk menulis kerana bimbang kena kecam.

Tapi, kalau tak tulis, macam mana nak tahu orang suka atau tidak?

Jangan terlalu takut. Buat sahaja.

 

5. Jadi penulis blog, jangan hanya fikirkan duit

Tulis biarlah dengan hati dan perasaan. Jangan sesekali tulis hanya untuk dapat duit.

Biarlah sesuatu yang kita tulis itu adalah datang dengan passion dalam diri.

 

6. Dalam proses menjadi penulis blog, perlu banyak sabar

Untuk mendapatkan trafik, iaitu kunjungan pelawat yang tinggi, bukan sesuatu yang mudah. Kadang-kadang, akan ambil masa bertahun-tahun.

Bina kredibiliti terlebih dahulu.

 

7. Jangan copy paste

Apa hukumnya jika ambil konten dari blog orang lain tanpa kredit langsung?

Aku rasa, kau sendiri tahu jawapannya.

Tambahan lagi, bila ambil konten yang ditulis oleh orang lain, tidak nampak originaliti.

 

Akhir kata

Harus diingat, perkongsian ini bukanlah mengenai cara menjadi penulis buku, novel, skrip, lirik mahupun ebook.

Ini hanyalah semata-mata bagaimana cara menjadi penulis blog yang menulis artikel yang bermanfaat.

Jika ingin melihat bagaimana penulis blog menjana pendapatan sampingan, lihat senarai blogger itu di artikel mengenai tempat menarik di Malaysia.

Kebanyakan dari mereka, hanya makan komisen tempahan dari Booking dan Agoda.

Semoga ini membuka sedikit mata anda.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Menjadi Penulis Blog (Dan Jana Pendapatan Sampingan)”

  1. Perkongsian yang menarik. Saya memang seorang yang minat dengan seni. Pola pemikiran sebagai ‘orang seni’ telah terhenti selama 21 tahun semenjak saya menyertai ATM. Setelah tamat Perkhidmatan saya baru teringat….. apa salah jika saya kembali kepada diri saya yang dulu…… walaupun seni yang saya minat dan mahir dulu berbeza dengan apa yang bakal saya ingin ceburi kini, namun inilah salah satu cara untuk meluahkan sesuatu yang terbuku dan ianya sebagai satu kepuasan……..

    Reply

Leave a Comment