Cara Buat Blog Sendiri (Guna Blogging Platform Percuma)


Mula-mula memanglah kita suka baca blog. Tapi lama-lama, kita akan rasa untuk mempunyai blog sendiri. Usah bimbang, kami akan kongsikan cara buat blog sendiri.

Kenapa mahu blog percuma?

Tidak semua orang mempunyai duit. Jika anda salah seorang yang tidak mempunyai banyak duit, lantaran lagi, percubaan untuk buat blog sendiri ini hanya sekadar suka-suka sahaja, maka yang percuma itu ialah jalan terbaik.

Tidak perlu membazir untuk beli domain dan cari hosting dahulu.

Pastikan belajar segala-galanya tentang platform terlebih dahulu.

Cara buat blog sendiri

Ingin kami ungkapkan sekali lagi, ia tidak sesukar mana. Ikut panduan di bawah.

Pilih blogging platform

Kami tidak mahu buat anda keliru. Cukuplah dengan dua blogging platform ini, iaitu WordPress di laman wordpress.com dan Blogger di blogger.com.

Kedua-duanya adalah percuma. Anda perlu daftar terlebih dahulu.

 

Jika pilih Blogger

Anda perlu ada Google Account. Ini kerana, Blogger ialah salah satu servis dari Google.

Biasanya, anda akan lihat, sesiapa yang menggunakan Blogger sebagai blogging platform mereka, blog tersebut akan berakhir dengan blogspot.com

Contohnya, jika nama anda ialah Abdul Rahman, anda boleh memilih untuk menggunakan abdulrahman.blogspot.com. Ini hanya sekadar contoh sahaja.

 

Jika pilih WordPress

Anda tidak perlu Google Account untuk mendaftar untuk mendapatkan dan menggunakan WordPress. Cukup dengan hanya memberikan email anda.

Anda perlu memasukkan alamat email dan ikut arahan seterusnya.

 

 

Akhir kata

Diharapkan dengan perkongsian cara buat blog sendiri ini dapat memudahkan anda untuk terjun ke dalam dunia blogging.

Semuanya perlukan latihan dan kepakaran untuk buat blog itu akan hadir sedikit demi sedikit.

Jemput baca cara menjadi penulis blog, tidak kiralah politik, kewangan, parenting dan lain-lain.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment